Penilaian model matematik bagi pertumbuhan mikroalga Characium sp. UKM1, Chlorella sp. UKM2 dan Coelastrella sp. UKM4 dalam air larut resapan sintetik

Mohamad Faisal Ni Aznan, and Nazlina Haiza Mohd Yasin, and Norzila Mohd, and Mohd Sobri Takriff, (2022) Penilaian model matematik bagi pertumbuhan mikroalga Characium sp. UKM1, Chlorella sp. UKM2 dan Coelastrella sp. UKM4 dalam air larut resapan sintetik. Malaysian Applied Biology, 51 (5). pp. 249-260. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://jms.mabjournal.com/index.php/mab/index

Abstract

Mikroalga berpotensi sebagai agen fikoremediasi air sisa dan metabolit yang terhasil dalam biojisim mikroalga mampu diaplikasikan dalam bidang bioteknologi. Pertumbuhan mikroalga dalam air sisa menjadi petunjuk bahawa mikroalga mampu hidup dalam persekitaran ekstrim dan menjadi agen fikoremediasi air sisa. Oleh itu, model matematik yang terbaik bagi kinetik pertumbuhan mikroalga yang dikultur dalam air sisa perlu dikaji bagi menentukan model yang tepat untuk digunakan pada masa akan datang. Dalam kajian ini, penilaian model matematik yang terbaik terhadap tiga mikroalga tempatan, Characium sp. UKM1, Chlorella sp. UKM2 dan Coelastrella sp. UKM4 yang dikultur dalam air larut resapan sintetik dianalisis dengan menggunakan tiga model matematik iaitu logistik, logistik terubah suai dan Gompertz terubah suai. Selain itu, analisis statistik dijalankan bagi penentuan model terbaik dengan mengambil kira nilai regressi terubah suai (adj R2), ralat tambah kuasa dua (SSE), punca min ralat kuasa dua (RMSE), faktor bias (BF), faktor kejituan (AF) dan peratus ramalan ralat piawai (%SEP). Hasil menunjukkan model yang terbaik bagi ketiga-tiga mikroalga dalam air larut resapan sintetik adalah model Gompertz terubah suai. Ini disebabkan oleh beberapa ciri antaranya plot residual yang mendekati model matematik, nilai BF yang mendekati nilai satu, serta nilai terendah %SEP berbanding model matematik yang lain. Kesimpulannya, model Gompertz terubah suai adalah model penyesuaian yang terbaik terhadap pertumbuhan mikroalga dalam air larut resapan sintetik.

Item Type:Article
Keywords:Air larut resapan sintetik; Characium sp. UKM1; Chlorella sp. UKM2; Coelastrella sp. UKM4; Model matematik; Mikroalga
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:21718
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:09 Jun 2023 01:54
Last Modified:09 Jun 2023 01:54

Repository Staff Only: item control page