Ainulkhir Hussin, and Norefrina Shafinaz Md Nor, and Adibah Ahamad Bahtiar, and Bohari Mohd Yamin, and Nazlina Ibrahim, (2022) Goniothalamin berkesan secara in vitro terhadap virus Herpes manusia jenis 1 Rintang-Acyclovir. Malaysian Applied Biology, 51 (5). pp. 261-269. ISSN 0126-8643
|
PDF
684kB |
Official URL: https://jms.mabjournal.com/index.php/mab/index
Abstract
Permasalahan besar yang dihadapi dalam rawatan jangkitan virus herpes manusia jenis I (Human Herpes virus type 1, HHV-1) adalah kehadiran virus mutan yang rintang ubat antivirus iaitu acyclovir. Pencarian ubatan dengan kebolehan mengatasi HHV-1 rintang-acyclovir diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Maka, kajian ini bertujuan menentukan konfigurasi Goniothalamin (GTN) yang dipencilkan daripada Goniothalamus umbrosus seterusnya mengenalpasti kebolehannya secara in vitro merencat pencilan HHV-1 mutan yang rintang-acyclovir. Kristal yang terhasil selepas pengekstrakan bahagian akar dan batang G. umbrosus disahkan melalui GC-MS, FTIR dan NMR sebagai GTN. Kiraan puncak gandingan J (J coupling peak calculation) menunjukkan bahawa sebatian aktif ini dalam konfigurasi-cis. Sebelum ujian antivirus dilakukan, nilai kepekatan sitotoksik GTN yang membunuh 50% populasi sel Vero (CC50) ditentukan iaitu 8.747 μg/mL. Kepekatan GTN lebih rendah daripada nilai CC50 digunakan untuk penentuan kesan aktiviti antivirus. Sebanyak sebelas pencilan mutan digunakan bagi menentukan kesan aktiviti antivirus GTN dalam asai pasca-rawatan. Nilai kepekatan berkesan menurunkan 50% pembentukan plak (EC50) adalah antara 0.47 μg/mL (2.35 μM) hingga 1.42 μg/mL (6.42 μM). Nilai indeks pemilihan (SI) iaitu nisbah keberkesanan aktiviti antivirus berbanding kesitotoksikan adalah antara 6 hingga 17 yang menunjukkan bahawa GTN mempunyai potensi baik untuk bertindak sebagai agen antivirus. Kesimpulannya, GTN dalam konfigurasi cis berkesan merencat pencilan virus mutan rintang-acyclovir. Potensi tindakan tersebut penting dalam menangani kehadiran virus rintang-acyclovir terutama yang mempunyai mutasi pada timidin kinase atau polimerase DNA.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aktiviti antivirus; Goniothalamin; HHV-1 rintang acyclovir; Sebatian terbitan stirilpiron |
Journal: | Malaysian Applied Biology Journal |
ID Code: | 21719 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 09 Jun 2023 02:26 |
Last Modified: | 09 Jun 2023 02:26 |
Repository Staff Only: item control page