Amalan lindung nilai dan nilai syarikat di Malaysia: kesan penyederhanaan risiko FX dan status patuh shariah

Adilah A. Wahab, and Ruzita Abdul-Rahim, and Nafisah Mohammed, and Tamat Sarmidi, (2023) Amalan lindung nilai dan nilai syarikat di Malaysia: kesan penyederhanaan risiko FX dan status patuh shariah. Jurnal Pengurusan, 67 . pp. 1-14. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
463kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1590

Abstract

Kajian ini merungkai persoalan hubungan antara amalan lindung nilai dengan nilai syarikat dengan mengambil kira sama ada risiko mata wang asing (risiko FX) dan status patuh Shariah menyerderhanakan hubungan tersebut. Penelitian ini merupakan satu kajian terhadap perlaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan (FRS) 7 dan 139 yang berkait dengan penambahbaikan pelaporan pengurusan risiko FX. Majoriti syarikat tersenarai di Malaysia adalah patuh Shariah, oleh itu amalan lindung nilai perlu diperhalusi apabila ia dilaksanakan menggunakan derivatif FX konvensional yang melibatkan riba’. Justeru, objektif kajian adalah mengkaji hubungan antara amalan lindung nilai mengggunakan derivatif FX dengan nilai syarikat, serta mengkaji kesan penyederhanaan risiko FX dan status patuh Shariah terhadap hubungan tersebut. Kajian menggunakan kaedah momen teritlak terhadap 250 syarikat bukan kewangan tersenarai Malaysia, meliputi tempoh 2010 hingga 2018. Keputusan kajian menunjukkan amalan lindung nilai berhubung secara positif dan signifikan dengan nilai syarikat, dan hubungan tersebut disederhanakan oleh risiko FX dan status patuh Shariah. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia perlu mengetatkan pelaporan perakaunan syarikat untuk memastikan syarikat melaporkan secara terperinci risiko FX. Ini dapat membantu pelabur melihat kepentingan risiko FX terhadap amalan lindung nilai dan nilai syarikat. Selain itu, FRS perlu diperhalusi agar laporan kegiatan amalan lindung nilai selari dengan metodologi saringan Shariah.

Item Type:Article
Keywords:Lindung nilai; Nilai syarikat; Risiko mata wang asing; Derivatif mata wang; Status patuh Shariah
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:21733
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:19 Jun 2023 04:45
Last Modified:21 Jun 2023 07:57

Repository Staff Only: item control page