Penggunaan teknologi digital dalam kalangan usahawan luar bandar dalam era pandemik Covid-19

Aida Idris, and Nur Jannah Bukhari, and Marzudi Md Yunus, and Shaiful Azlan Abdul, (2023) Penggunaan teknologi digital dalam kalangan usahawan luar bandar dalam era pandemik Covid-19. Jurnal Pengurusan, 67 . pp. 1-15. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1590

Abstract

Semasa pandemik Covid-19, teknologi digital menjadi antara medium terpenting untuk memacu semula perniagaan yang merosot. Bagi usahawan luar bandar, isu ini amat signifikan kerana teknologi digital berpotensi menghubungkan perniagaan dengan pasaran yang lebih besar di kawasan bandar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penggunaan teknologi digital dalam kalangan usahawan luar bandar di Malaysia. Menggunakan kaedah kualitatif, data dikumpul melalui temubual bersama 30 orang dari lima sektor perniagaan. Transkrip temubual kemudiannya dianalisa menggunakan kaedah analisis tematik untuk menghubungkaitkan teori dan dapatan kajian. Bagi kajian ini, teori yang digunakan terhasil daripada integrasi antara model TAM dan TOE. Seterusnya, tema kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi melalui proses penjaringan. Hasil analisis kajian memperlihatkan bahawa jenis perniagaan menjadi penentu kepada penggunaan teknologi digital manakala faktor umur pula menentukan kadar penggunaannya sama ada rendah mahupun sebaliknya. Penemuan ini dijangka membantu usahawan luar bandar untuk memanfaatkan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan menggunakannya untuk bersaing dalam persekitaran ekonomi digital selain membantu agensi kerajaan dalam menyediakan bantuan berbentuk latihan dan infrastuktur yang bersesuaian dengan keperluan usahawan.

Item Type:Article
Keywords:Usahawan luar bandar; Penggunaan teknologi digital; Faktor dalaman dan luaran; Pandemik Covid-19
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:21736
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:19 Jun 2023 06:28
Last Modified:19 Jun 2023 06:28

Repository Staff Only: item control page