Bekerja dari rumah dan prestasi adaptif: autonomi kerja dan kepimpinan rendah hati sebagai penyederhana

Roshayati Abdul Hamid, and Norhafizah Mohd Esrakh, and Siti Ngayesah Ab Hamid, (2023) Bekerja dari rumah dan prestasi adaptif: autonomi kerja dan kepimpinan rendah hati sebagai penyederhana. Jurnal Pengurusan, 67 . pp. 1-15. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
435kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1590

Abstract

Pandemik Covid-19 telah membuka lanskap terhadap kelebihan bekerja dari rumah dan penyesuaian diri dalam melaksanakan tugasan. Autonomi kerja dan gaya kepimpinan juga berpotensi untuk membantu pekerja menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang lebih fleksibel. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk mengkaji kesan bekerja dari rumah, autonomi kerja dan kepimpinan rendah hati terhadap prestasi adaptif serta kesan penyederhanaannya. Teori ketetapan diri (self-determination theory) dirujuk sebagai teori asas untuk mengenal pasti sejauh mana autonomi kerja dan kepimpinan rendah hati dapat membantu pekerja untuk lebih bermotivasi dalam melaksanakan kerja dari rumah. Data yang diperolehi daripada maklum balas 200 responden dianalisis menggunakan PLS-SEM. Hasil kajian menunjukkan bekerja dari rumah, kepimpinan rendah hati dan autonomi kerja mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan prestasi adaptif. Autonomi kerja yang luas dan persepsi yang tinggi terhadap kepimpinan rendah hati secara tidak langsung menguatkan hubungan di antara bekerja dari rumah dengan prestasi adaptif. Kajian ini telah menyumbang secara teoretikal bahawa pemberian autonomi kerja yang luas dan pengaruh gaya kepimpinan rendah hati dapat menyuntik motivasi untuk meningkatkan prestasi adaptif walaupun bekerja dari rumah. Manakala secara praktikal, organisasi perlu melengkapi penyelia dengan gaya kepimpinan rendah hati dan memperluaskan autonomi kerja untuk memantapkan prestasi pekerja tidak kira di mana mereka bekerja.

Item Type:Article
Keywords:Bekerja dari rumah; Prestasi adaptif; Kepimpinan rendah hati; Autonomi kerja; Sektor awam dan swasta; Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:21737
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:19 Jun 2023 06:34
Last Modified:21 Jun 2023 07:59

Repository Staff Only: item control page