Pengaruh atribusi kegagalan perkhidmatan penerbangan terhadap niat penerbangan dengan syarikat penerbangan

Kuok, Wei Chong and Ahmad Azmi M.Ariffin, (2023) Pengaruh atribusi kegagalan perkhidmatan penerbangan terhadap niat penerbangan dengan syarikat penerbangan. Jurnal Pengurusan, 67 . pp. 1-14. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1590

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan atribusi kegagalan perkhidmatan ke atas niat tingkah laku penumpang untuk terbang semula dengan syarikat penerbangan yang sama pada masa hadapan. Ditunjangi oleh Teori Atribusi Kausal, atribusi kegagalan boleh dijelaskan oleh tiga faktor teras iaitu kebolehkawalan, kestabilan dan lokus kawalan. Dalam kajian ini, kesemua perhubungan langsung antara faktor atribusi dan niat tingkat-laku penumpang dijangka akan dimediasikan oleh sikap jenama. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan dan tinjauan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data utama yang melibatkan 518 orang responden. Semua hipotesis telah diuji menggunakan kaedah PLS-SEM melalui Smart-PLS. Hasil dapatan kajian mendedahkan bahawa hanya kebolehkawalan menunjukkan kesan langsung ke atas niat tingkah laku, manakala kestabilan dan lokus kawalan secara tidak langsung mempengaruhi niat tingkah laku melalui sikap jenama. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sikap jenama merupakan mediasi penuh dalam hubungan niat kestabilan-tingkah laku dan niat lokus kawalan-tingkah laku. Sehubungan dengan itu, pelan pemulihan perkhidmatan termasuk strategi komunikasi pemasaran yang berkesan mesti dibangunkan untuk meminimumkan kesan yang terhasil daripada atribusi kebolehkawalan sebagaimana yang ditanggapi oleh para penumpang yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Atribusi kausal; Kebolehkawalan; Kestabilan; Lokus kawalan; Sikap jenama; Niat tingkah laku klasifikasi JEL: M31 Pemasaran
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:21738
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:19 Jun 2023 07:18
Last Modified:21 Jun 2023 08:01

Repository Staff Only: item control page