Isi kandung teks, tatabahasa dan paleografi prasasti Jawa kuno dari Temanggung, Jawa Tengah

Tedjowasono, Ninny Susanti and Nasha Rodziadi Khaw, and Andriyati Rahayu, (2023) Isi kandung teks, tatabahasa dan paleografi prasasti Jawa kuno dari Temanggung, Jawa Tengah. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 23 (2). pp. 165-187. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1602

Abstract

Prasasti E14 merupakan sebuah lempeng tembaga bersaiz 47 cm x 7 cm yang mengandungi 4 baris ayat beraksara dan berbahasa Jawa Kuno di kedua-dua sisinya. Prasasti ini merupakan koleksi Museum Nasional Indonesia yang belum pernah dialih aksara. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan isi kandung prasasti E14 serta ciri paleografi aksara-aksaranya bagi mentafsir pentarikhan, tatabahasa dan nilai sejarahnya. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa prasasti E14 merupakan dokumen peribadi sebuah keluarga yang merekodkan pertikaian hak milik sebidang tanah. Dinyatakan bahawa tanah tersebut telah dipindah milik secara tidak sah oleh sebuah keluarga pembesar tempatan dengan bantuan seorang pentadbir. Dari segi paleografi, Prasasti E14 memperlihatkan penggunaan aksara Jawa Kuno abad ke-14 Masihi, serta dihasilkan tanpa perancangan teliti dan secara tergesa-gesa oleh penyalin yang kurang terlatih. Hal ini menunjukkan bahawa kemungkinan ia merupakan prasasti tinulad, atau rekod epigrafi yang disalin dari versi lebih awal. Teks prasasti ini ditulis dalam laras bahasa pertuturan tidak rasmi yang sering digunakan dalam rekod-rekod dari zaman Majapahit. Struktur tatabahasa serta ayat-ayatnya pula adalah amat ringkas, dengan penggunaan kosa-kata Jawa, Sanskrit dan Melayu Kuno. Terjemahan dan analisis terhadap Prasasti E14 juga memberikan gambaran mengenai aspek bahasa, tulisan dan tahap literasi masyarakat Jawa pada abad ke-14 Masehi.

Item Type:Article
Keywords:Jawa Kuno; Prasasti; Majapahit; Paleografi; Pertikaian tanah
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:21768
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:03 Jul 2023 08:27
Last Modified:07 Jul 2023 07:41

Repository Staff Only: item control page