Neng Lia Marliana, and Mohammad Fadzeli Jaafar, and Harishon Radzi, (2023) Penanda pengemukaan topik dalam wacana pedagogi: satu analisis wacana kritis. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 23 (2). pp. 75-93. ISSN 1675-8021
|
PDF
503kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1602
Abstract
Kebanyakan kajian lepas wacana pedagogi mengenai kemahiran mengajar guru tidak membincangkan praktis sosial wacana berdasarkan pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK). Kajian ini bertujuan menjelaskan praktis sosial wacana pedagogi melalui huraian penanda pengemukaan topik dalam interaksi guru-murid semasa aktiviti pengajaran mikro dan interpretasi amalan wacananya. Penanda pengemukaan topik merangkumi perkataan penanda paraton sebagai penanda wacana dan ayat tanya guru sebagai bahagian kawalan topik dalam dimensi tekstual wacana pedagogi. Kajian ini menggunakan kaedah rakaman dan transkripsi data. Data diambil melalui video rakaman selama 30 minit setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa aktiviti pengajaran mikro melibatkan 5 pelajar bakal guru di sebuah universiti awam di Jakarta dan murid sebenar dari 5 sekolah menengah di Jakarta. Kajian ini mengaplikasi AWK Fairclough (2013). Fokus analisis pada perkataan penanda paraton dan jenis ayat tanya guru. Hasil kajian ini mendapati guru menggunakan 146 perkataan penanda paraton ‘nah’, ‘ya’, ‘baik/baiklah’, ‘silakan’, ‘sekarang’, ‘lalu’, ‘anak-anak/anak-anakku’, ‘Assalamualaikum/selamat pagi/sore’, ‘selanjutnya’, ‘coba’, ‘yang pertama/kedua/ketiga’, ‘Alhamdulillah’, ‘bagaimana’, ‘wah’, ‘jadi’, ‘ayo’, ‘kalian’, ‘ohya nak’, dan ‘tolong’ pada awal gerakan sebagai cara pengemukaan topik baharu. Manakala terdapat 125 soalan guru menjadi gerakan sebagai penanda topik dan selepas perkataan penanda paraton diujarkan. Jenis ayat tanya guru berupa ayat tanya terbuka-tertutup; ayat tanya informatif-konfirmatif. Disimpulkan, kajian ini mengandungi praktis sosial kesetaraan dominasi guru-murid di bilik darjah. Guru menganggap murid sebagai subjek yang mempunyai hak untuk dihormati melalui pemilihan perkataan penanda paraton yang menunjukkan kesantunan, seperti ‘silakan’, ‘tolong’, ‘coba’, partikel ‘–kah’, serta perakuan positif terhadap respons murid. Perkara ini bertentangan dengan praktis sosiobudaya pedagogi di Indonesia bahawa kuasa sering dimiliki oleh guru. Selain itu, guru dalam kajian ini masih merupakan bakal guru sehingga murid menganggap mempunyai hubungan rapat dengan gurunya. Kajian ini menyumbang kepada kualiti PdP apabila pelajar menjadi guru serta memberi input linguistik dalam kajian wacana pedagogi dengan pendekatan AWK.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis wacana kritis; Ayat tanya guru; Penanda pengemukaan topik; Perkataan penanda paraton; Wacana pedagogi |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 21775 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 04 Jul 2023 04:38 |
Last Modified: | 04 Jul 2023 04:38 |
Repository Staff Only: item control page