Penukaran kod dalam korpus hansard Malaysia: analisis berpandukan korpus

Muhammad Zakwan Mohd Izam, and Marlyna Maros, and Azhar Jaludin, and Imran Ho Abdullah, (2023) Penukaran kod dalam korpus hansard Malaysia: analisis berpandukan korpus. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 23 (2). pp. 220-240. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
901kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1602

Abstract

Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia berdasarkan perkara 62(1) memperuntukkan bahawa “Bahasa rasmi Majlis ialah Bahasa Malaysia, tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris”. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi serta mempunyai status yang sangat tinggi dalam Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, terdapat laporan akhbar yang menyatakan bahawa status bahasa Melayu semakin ‘layu’ atau lemah di parlimen dan ahli Dewan Rakyat lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris. Ahli-ahli parlimen dikatakan acapkali menggunakan penukaran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lantaran itu, kajian ini ingin mengenal pasti serta meneliti pola penukaran kod dalam teks parlimen 13, Dewan Rakyat. Kajian ini turut menjelaskan trend penukaran kod yang terdapat dalam perbahasan di parlimen. Data yang digunakan adalah berbentuk penukaran kod yang terdiri daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris daripada Hansard Malaysia, Parlimen 13 yang mengandungi empat penggal yang terdiri daripada 224 fail mesyuarat. Kaedah analisis berpandukan korpus telah digunakan oleh pengkaji bagi meneliti trend penukaran kod dalam teks parlimen. Kerangka model kekangan morfem bebas oleh Poplack (1980) telah digunakan bagi menentukan serta mengenal pasti penukaran kod yang terdapat dalam teks parlimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penukaran kod daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dalam teks parlimen 13. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan jumlah penggunaan bahasa Inggeris yang semakin menaik dari penggal 1 hingga penggal 4. Hal ini dengan jelas memperlihatkan bahawa ahli-ahli parlimen dalam Dewan Rakyat banyak menggunakan penukaran kod dalam perbahasan dan secara tidak langsung semakin gemar menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Perkara ini adalah bercanggah serta memberi kesan kepada status penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis yang termaktub dalam peraturan-perturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Item Type:Article
Keywords:Parlimen Malaysia; Bahasa rasmi; Hansard Malaysia; Penukaran kod; Pendekatan berpandukan korpus
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:21778
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:04 Jul 2023 05:01
Last Modified:04 Jul 2023 05:01

Repository Staff Only: item control page