Ahmad Syafiq Amir Abdullah Zawawi, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2023) Analisis ada sebagai kata kerja dwikomplemen: suatu pendekatan minimalis. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 23 (2). pp. 119-143. ISSN 1675-8021
|
PDF
920kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1602
Abstract
Transitiviti ada telah dibincangkan oleh sarjana lepas sebagai kata kerja monotransitif. Namun demikian, variasi struktur ayat yang digunakan oleh penutur natif memperlihatkan ada tidak sentiasa kekal monotransitif dalam struktur yang pelbagai. Hal ini disebabkan leksis ini memperlihatkan transitiviti yang berbeza terutamanya dalam ayat kewujudan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengemukakan analisis baharu transitiviti ada yang berfungsi sebagai K kewujudan dari perspektif teoretikal. Kajian ini memanfaatkan pangkalan Korpus DBP sebagai sumber data kajian beraplikasikan analisis teks digital. Data yang dipilih dihadkan kepada ayat kewujudan berstruktur Ada-DP-FPrep dan dianalisis menggunakan pendekatan sintaksis Minimalis. Melalui analisis deskriptif, Ujian Pengguguran Argumen membuktikan bahawa DP dan FPrep dalam struktur Ada DP-FPrep berfungsi sebagai komplemen yang perlu hadir secara wajib untuk menghasilkan ayat kewujudan yang gramatis. Dari perspektif teoretikal, analisis cangkerang Fk membuktikan ada bersifat dwitransitif dalam konstruksi Ada-DP-FPrep. Kajian ini juga menafikan Carnie (2006) yang mendakwa leksikal kewujudan tidak mengagihkan peranan-q secara sejagat sebagaimana there dalam kajian bahasa Inggeris. Sebaliknya, operasi sintaksis dalam aras numerasi mendapati kepala K ada dalam struktur Ada-DP-FPrep mengagihkan peranan-q kepada komplemennya, iaitu DP ditandai TEMA dan FPrep ditandai LOKATIF. Kajian ini memberi impak terhadap penelitian transitiviti ada dari perspektif Minimalis khususnya sebagai K dwikomplemen yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji linguistik dan pelajar sintaksis generatif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dwikomplemen; Minimalis; Ada; Korpus; Cangkerang Fk |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 21780 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 04 Jul 2023 06:44 |
Last Modified: | 04 Jul 2023 06:44 |
Repository Staff Only: item control page