Kepentingan dan cabaran monopoli hak menjual garam oleh keluarga Koo di Taiwan sebelum perang dunia kedua

Tan, Soon Chin and Adnan Jusoh, (2023) Kepentingan dan cabaran monopoli hak menjual garam oleh keluarga Koo di Taiwan sebelum perang dunia kedua. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (1). pp. 1-17. ISSN 2180-0251

[img] PDF
809kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini memfokuskan tentang kepentingan dan cabaran monopoli hak menjual garam yang dimiliki oleh Keluarga Koo di Taiwan sebelum Perang Dunia Kedua merangkumi tempoh 1895 hingga 1930. Hal ini disebabkan naratif monopoli hak menjual garam di Taiwan oleh Keluarga Koo kurang dibincangkan oleh para sarjana disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah kekurangan sumber. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan kepentingan dan perkembangan monopoli hak menjual garam oleh Keluarga Koo di negara Taiwan sepanjang tempoh kajian. Penelitian ini menerapkan kaedah tafsiran sejarah dengan membuat analisis terhadap sumber primer yang terdapat di The Archives of Institute of Taiwan History, The Institute of Qing History di China dan National Central Library di Taiwan. Di samping itu, penelitian juga dilakukan dengan menelaah sejumlah buku, artikel, dan akhbar untuk memantapkan penulisan ini. Hasil kajian mendapati monopoli hak menjual garam yang diperoleh oleh Keluarga Koo di Taiwan adalah disebabkan oleh hubungan baik dengan pemerintah Jepun. Malahan, kerajaan Jepun turut memperuntukkan subsidi kepada Keluarga Koo untuk membaiki tanah garam yang musnah akibat hujan lebat dan angin kencang yang berlaku pada tempoh itu. Keadaan ini secara tidak langsung telah membantu Keluarga Koo mempertahankan monopoli hak menjual garam yang dimiliki. Walau bagaimanapun, Keluarga Koo juga turut menghadapi cabaran dalam monopoli hak menjual garam apabila kos yang besar diperlukan untuk memulihkan tanah garam yang rosak. Justeru itu, tulisan ini sangat penting kepada orang awam khususnya dalam memahami strategi perniagaan Keluarga Koo untuk memonopoli hak menjual garam di Taiwan sebelum Perang Dunia Kedua.

Item Type:Article
Keywords:Keluarga Koo; Perang Dunia Kedua; Monopoli; Hak menjual garam; Taiwan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:21791
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jul 2023 03:33
Last Modified:07 Jul 2023 00:55

Repository Staff Only: item control page