Pertikaian Inggeris-Belanda di Hindia Timur dan usaha penyelesaiannya melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Muhammad Aslah Akmal Azmi, and Azharudin Mohamed Dali, and Salina Zainol, (2023) Pertikaian Inggeris-Belanda di Hindia Timur dan usaha penyelesaiannya melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (1). pp. 30-51. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
535kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini membincangkan usaha menyelesaikan pertikaian kuasa dan lingkungan pengaruh yang tercetus di antara Belanda dan British di Hindia Timur kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1814. Pertikaian di antara Belanda dengan British pasca Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 berlaku apabila pegawai-pegawai British di Hindia Timur berusaha mendapatkan penempatan baru bagi menyaingi monopoli perdagangan Belanda. Kemuncaknya adalah apabila berlaku pertikaian akibat pertapakan British di Singapura pada tahun 1819. Usaha-usaha rundingan untuk menyelesaikan pertikaian di antara Belanda dengan British mula digerakkan namun menemui kegagalan. Pertikaian ini akhirnya berjaya diselesaikan apabila Belanda dan British bersetuju menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis permasalahan yang timbul dalam menyelesaikan pertikaian di antara Belanda dan British di Hindia Timur dari tahun 1814 sehingga 1824. Permasalahan dari sudut hak penguasaan dan kedaulatan sesebuah kawasan yang dipertikaikan merupakan antara subjek perbincangan kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang berasaskan metodologi kajian sejarah dengan meneliti dokumen pentadbiran Belanda dan British terutamanya catatan yang dilakukan oleh pegawai kolonial Belanda seperti C.T. Elout dan J.C. Baud. Sumber sekunder yang releven dan berautoriti turut dirujuk khususnya perjanjian-perjanjian dan surat-menyurat peribadi yang dikumpul oleh P.H.V.D. Kemp dan A.R. Falck. Hasil kajian mendapati Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 telah mencetuskan permasalahan dan pertikaian di antara Belanda dan British. Namun begitu, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 berjaya menyelesaikan pertikaian kuasa dan lingkungan pengaruh serta memperkukuh hubungan Belanda dan British di Hindia Timur.

Item Type:Article
Keywords:Perjanjian Inggeris-Belanda; Hindia Belanda; Hindia Timur; Monopoli Perdagangan; Singapura
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:21801
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jul 2023 03:33
Last Modified:07 Jul 2023 00:56

Repository Staff Only: item control page