Islamic manuscript and knowledge tradition in Malay-nusantara naskah dan tradisi keilmuan Islam Melayu-nusantara

Oman Fathurahman, (2022) Islamic manuscript and knowledge tradition in Malay-nusantara naskah dan tradisi keilmuan Islam Melayu-nusantara. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 14 . pp. 26-33. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
251kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533

Abstract

Tradisi keilmuan Melayu-Nusantara amat terserlah setelah perkembangan Islam yang pesat di rantau ini sekitar abad ke-13. Kemunculan sistem tulisan baru yang berakarkan aksara Arab telah menyemarakkan penulisan naskah dan manuskrip bernuansakan Islam dalam bahasa Melayu. Namun begitu, karya manuskrip ulama Nusantara masih lagi dipandang sepi dan seolah-olah tidak menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam secara global. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan problematika naskah dan tradisi keilmuan Islam di Nusantara dengan menfokuskan terhadap bidang tasawuf. Berdasarkan pemerhatian dan kaedah historis, kajian ini merupakan refleksi peribadi dalam menggarap isu naskah Islam Nusantara. Selanjutnya, kajian mendapati tradisi keilmuan Islam Melayu-Nusantara ini terbentuk melalui hubungan dua arah di mana masyarakat Muslim di Nusantara turut memberikan sumbangan kepada dunia luar dalam bentuk adaptasi dan kontekstualisasi norma dan ajaran Islam normatif sehingga menjadi gagasan empirik. Sewajarnya, kajian tentang naskah Islam di Nusantara diteruskan dan digiatkan pada masa kini, khususnya dalam kalangan sarjana dunia Melayu-Nusantara, agar pengetahuan yang terkandung di dalam naskah klasik ini dapat disampaikan dalam bentuk informatif kepada generasi mendatang. Hal ini juga sekaligus dapat menjamin kelestarian naskah Islam Melayu-Nusantara itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:manuskrip, Islam, Melayu, Nusantara
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:21803
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 Jul 2023 02:55
Last Modified:10 Jul 2023 01:07

Repository Staff Only: item control page