Reaksi Jardine Matheson & Co. terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot di China (1925 -1926)

Fairisa Othman, and Suffian Mansor, and Mohd Samsudin, (2023) Reaksi Jardine Matheson & Co. terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot di China (1925 -1926). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (1). pp. 72-91. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
525kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini bertujuan menganalisis reaksi Jardine Matheson & Co. (JM) terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot yang dilakukan oleh rakyat China terutamanya golongan pekerja pada tahun 1925 sehingga 1926. Insiden tersebut berlaku secara besar-besaran dan berpanjangan. Bermula di bahagian selatan China dan merebak di kawasan yang lain. Rusuhan, mogok dan boikot menjadikan British sebagai sasaran utama. Ini menyebabkan JM antara syarikat British yang menerima kesan secara langsung daripada insiden tersebut. Aktiviti ekonomi JM seperti sektor perkapalan, pelabuhan dan perkilangan mengalami gangguan dan kemusnahan yang teruk. JM terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar ekoran kerosakkan harta benda disebabkan rusuhan tersebut. Selain itu, JM juga terpaksa memenuhi permintaan golongan pekerja yang mendesak JM untuk menaikkan gaji mereka. Keadaan ini menyebabkan JM memberi reaksi terhadap insiden yang berlaku demi menjaga kedudukan dan kepentingan ekonomi JM di China. Justeru, untuk menganalisis reaksi JM terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot yang berlaku dalam tempoh yang dikaji artikel ini kaedah kualitatif dan kajian perpustakaan. Penelitian ke atas sumber pertama seperti surat menyurat, laporan Pejabat Luar London (FO371), dokumen dan minit mesyuarat syarikat JM dan persatuan peniaga British seperti China Association sebagai rujukan utama. Manakala sumber sekunder pula terdiri daripada kajian lepas seperti buku dan jurnal. Penggunaan kedua-dua sumber tersebut membantu dalam penulisan artikel ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi korpus ilmu tambahan dalam kajian sejarah China moden.

Item Type:Article
Keywords:Rusuhan; Boikot; Nasionalisme; Jardine Matheson & Co. (JM); Pejabat luar
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:21804
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jul 2023 03:34
Last Modified:07 Jul 2023 00:58

Repository Staff Only: item control page