Reaksi Orang Melayu terhadap pelaksanaan dasar tanah padi kolonial di Kedah, 1917-1932

Nurizwanfaizi Nordin, and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, (2023) Reaksi Orang Melayu terhadap pelaksanaan dasar tanah padi kolonial di Kedah, 1917-1932. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (1). pp. 52-71. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
545kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Kegiatan penanaman padi adalah sinonim dengan orang Melayu Kedah sehingga ke hari ini. Hal ini kerana padi merupakan punca utama kehidupan sebahagian besar orang Melayu di negeri tersebut sejak zaman berzaman. Menariknya, penguasaan British ke atas Kedah mulai tahun 1909 menyaksikan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah Kedah, orang Melayu secara eksplisitnya telah ditekan oleh kerajaan untuk terus kekal dalam kegiatan tersebut. Keadaan ini dapat dinilai dengan jelas dengan permulaan pelaksanaan dasar-dasar tanah padi yang ketat, khususnya dalam tempoh 1917- 1932. Fokus kajian ini adalah pertama, menilai pelaksanaan dasar-dasar tanah padi dalam jangka masa berkenaan. Kedua, menganalisis bentuk reaksi orang Melayu dalam isu ini. Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi fokus kepada fail-fail Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah dan Laporan-laporan Tahunan Negeri Kedah. Berdasarkan kepada penelitian terhadap pelaksanaan dasar-dasar tanah padi oleh pentadbiran tanah Kedah serta bentuk reaksi orang Melayu kepada kerajaan dalam tempoh 1917-1932, pengimplimentasian dasardasar tanah padi telah mengekalkan orang Melayu dalam kegiatan tradisi tersebut. Malangnya, sebahagian besar masyarakat Melayu telah menerima kesan negatif. Golongan bawahan dihalang oleh kerajaan daripada membuka dan mengerjakan tanah mereka secara bebas, dan terpaksa berhadapan dengan risiko tindakan tegas kerajaan sekiranya gagal menuruti dasar-dasar yang telah ditetapkan. Sebaliknya golongan elit Melayu dapat meneruskan pembolotan tanah padi akibat dasar kerajaan yang mengekalkan keistimewaan mereka dalam pemilikan tanah.

Item Type:Article
Keywords:Tanah padi; Orang Melayu; Pejabat tanah; Enakmen tanam padi; Enakmen tanah bendang
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:21805
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jul 2023 03:34
Last Modified:07 Jul 2023 00:57

Repository Staff Only: item control page