Muhammad Jamil Bayyuhum sebagai sejarawan Islam: kajian awal terhadap tiga karya terpilih

Muhammad Alif Fitri Abdul Halim, and Ermy Azziaty Rozali, (2022) Muhammad Jamil Bayyuhum sebagai sejarawan Islam: kajian awal terhadap tiga karya terpilih. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 14 . pp. 86-97. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533

Abstract

Kajian ini berusaha untuk menghasilkan satu biografi awal seorang sejarawan dan nasionalis Arab yang bernama Muhammad Jamil Bayyuhum (1887-1978). Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Zuhayr Mardini (1979) yang mengatakan bahawa walaupun pelbagai jasa dan sumbangan yang telah ditaburkan oleh Muhammad Jamil Bayyuhum ketika hidupnya, beliau tidak begitu dikenali dan disebutkan secara meluas dalam kajian-kajian sejarah terkini. Puncanya adalah disebabkan oleh ketika majlis pengiktirafan yang sepatutnya diadakan pada tahun 1973 bagi mengiktiraf beliau sebagai seorang tokoh kebangsaan Lubnan, negara tersebut telah terlibat dengan kancah peperangan yang berlarutan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1978. Selepas itu, barulah ada usaha yang diambil oleh rakan-rakan sepejuangannya untuk mengenang kembali sumbangan dan jasa tokoh ini sebagaimana yang dimuatkan menerusi artikel-artikel dalam majalah al-‘Irfan terbitan Januari dan Februari tahun 1979, setahun selepas pemergiannya. Begitu juga menerusi kenyataan daripada Widad Sakakini (1913-1991), seorang penulis terkenal Lubnan telah menggelar Muhammad Jamil Bayyuhum sebagai al-Mufakkir al-Kabir yang bermaksud ‘Tokoh Pemikir Besar.’ Justeru, kajian ini berteraskan kepada dua objektif utama iaitu untuk membentuk satu naratif biografi berkenaan Muhammad Jamil Bayyuhum dan untuk menganalisis sumbangan beliau dalam bidang sejarah berdasarkan kepada tiga buah karya penulisan terpilih yang beliau hasilkan. Ketiga-tiga karya tersebut ialah Falsafat al-Tarikh al-‘Uthmani, Awwaliyyat Salatin Turkiyya dan Falsafah Tarikh Muhammad. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kronologi sejarah dan analisis kandungan bagi mendapatkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang diperlukan. Hasil kajian mendapati bahawa sememangnya Muhammad Jamil Bayyuhum merupakan seorang tokoh sejawaran Muslim yang hebat berasal dari Lubnan berdasarkan kepada warisan karya yang telah ditinggalkan berkenaan sejarah Islam. Namun, disebabkan masih tiada lagi kajian tentang beliau, namanya tidak segah tokoh-tokoh sejarawan lain yang dikaji hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Muhammad Jamil Bayyuhum, Sejarawan, Lubnan, Abad ke-20
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:21812
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 Jul 2023 05:48
Last Modified:10 Jul 2023 01:24

Repository Staff Only: item control page