Kesahan dan kebolehpercayaan sikap pelajar terhadap instrumen pembelajaran bahasa Arab (I-SPPBA) menggunakan ukuran Rasch

Nur Afiqah Athirah Mohd Rushdi, and Lily Hanefarezan Asbulah, (2022) Kesahan dan kebolehpercayaan sikap pelajar terhadap instrumen pembelajaran bahasa Arab (I-SPPBA) menggunakan ukuran Rasch. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 14 . pp. 98-110. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
518kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533

Abstract

Antara ciri terpenting dalam pembelajaran bahasa Arab ialah sikap. Oleh itu, instrumen yang jitu dari segi kesahan konstruk serta kebolehpercayaan untuk mengukur tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab adalah penting. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen yang digunakan untuk menentukan tahap sikap pelajar bahasa Arab di universiti awam. Bagi mengumpul data, pengedaran soal selidik telah dilakukan kepada 40 pelajar tahun akhir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) yang mengikuti program pengajian bahasa Arab. Bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini, Model Pengukuran Rasch berbantukan Winsteps versi 5.2. telah digunakan. Dapatan menemukan tahap noise instrumen adalah pada 7.0% iaitu kurang daripada nilai terkawal maksimum pada 15%. Selain itu, hanya tiga item yang direkodkan terkeluar dari julat kesesuaian Mean Square namun telah dikekalkan dan dimurnikan. Sementara itu, indeks kebolehpercayaan item adalah pada 0.96 yang dianggap sebagai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan indeks pemisahan responden pada 3.31. Dapatan ini menunjukkan kesahan konstruk instrumen sikap pembelajaran bahasa Arab. Kesimpulannya, Model Pengukuran Rasch telah membuktikan bahawa instrumen sikap terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi seterusnya wajar digunakan untuk mengukur tahap sikap pelajar di institut pengajian tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Pembelajaran bahasa Arab; Penilaian instrumen; Model pengukuran Rasch
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:21813
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 Jul 2023 06:17
Last Modified:10 Jul 2023 01:26

Repository Staff Only: item control page