Metod Pendidikan Muzium (Melihat, Pandang dan Sentuh) memberi kesan yang memberangsangkan kepada pelajar dalam proses pembelajaran sama ada pendidikan formal dan bukan formal

Zuraidah Hassan, and Aimi Khairunnisa Abdul Karim, (2023) Metod Pendidikan Muzium (Melihat, Pandang dan Sentuh) memberi kesan yang memberangsangkan kepada pelajar dalam proses pembelajaran sama ada pendidikan formal dan bukan formal. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 20 (2). pp. 348-356. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
437kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan teknik pembelajaran yang diperoleh dari pendidikan muzium. Kaedah pembelajaran Talk and chalk sudah lama diaplikasikan di sekolah dan kini dilihat kurang relevan dengan situasi kini. Kurikulum yang semakin mencabar dan terpaksa pelajar memahami sesuatu di luar kadar keupayaan mereka berfikir. Penggunaan media komunikasi dilihat sangat baik dalam memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah pembelajaran yang lebih baik dan menarik. Namun terdapat beberapa kesan negatif di mana pelajar seusia 5 tahun sudah diajar menggunakan peranti pintar yang kadang banyak memberikan kesan negatif kepada pelajar cilik sekiranya tidak dipantau oleh ibu bapa atau guru. Muzium telah menawarkan satu kaedah pendidikan yang menarik iaitu menggunakan pancaindera iaitu melalui kaedah dengar, lihat dan sentuh. Muzium bukan sahaja tempat menyimpan artifak negara tetapi juga memainkan konsep yang baru dalam pendidikan. Selaras dengan makna yang telah diberikan oleh International Council of Museums (ICOM) mengenai muzium. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian iaitu di Muzium Kuala Lumpur dan analisis kandungan. Dapatan kajian adalah konsep pendidikan muzium sesuai digunakan oleh pelajar dalam menjadi alat bantu mengajar di sekolah. Pihak guru digalakkan membawa pelajar ke muzium dalam mempelajari subjek yang berkaitan. Ibu bapa yang berkelapangan juga disaran membawa anak-anak ke muzium dalam membantu anak-anak lebih memahami mata pelajaran di sekolah dengan menggunakan artifak yang dipamerkan di galeri pameran. Muzium bukan sekadar mempunyai koleksi artifak malah mereka juga telah memberikan jalan cerita yang sebenar mengikut kronologi terutama bagi subjek sejarah. Sumbangan kajian ini adalah memberikan kaedah pembelajaran yang berbeza bagi membantu pelajar untuk lebih memahami pelajaran.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan; Muzium; Metod; Kesan; Pembelajaran
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21816
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:43
Last Modified:10 Jul 2023 07:40

Repository Staff Only: item control page