Tapak warisan negeri Kedah: penelitian dari aspek arkeopelancongan dan pengaruh persekitaran

Farhana Abdullah, and Zuraidah Hassan, and Adnan Jusoh, (2023) Tapak warisan negeri Kedah: penelitian dari aspek arkeopelancongan dan pengaruh persekitaran. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 20 (2). pp. 357-366. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
476kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kajian tapak warisan Negeri Kedah bermula sekitar 1840-an di Lembah Bujang sehingga kini. Pelbagai jenis tapak warisan terutamanya tapak arkeologi di temui di sekitar kawasan di Lembah Bujang khasnya di Pengkalan Bujang, Sungai Mas dan Sungai Batu. Definisi Lembah Bujang merangkumi kawasan dari Sungai Sala di Utara, Gunung Jerai, Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda hingga ke Cherok Tokkun. Keadaan ini menyumbang kepada penemuan kajian ke arah arkeologi pelancongan kerana memberi impak yang besar kepada komuniti setempat dan negara khasnya. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian di lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian di lapangan di lakukan dengan melakukan tinjauan di kawasan terlibat. Manakala, kajian kepustakaan melibatkan pencarian sumber primer dengan merujuk laporan ekskavasi oleh Jabatan warisan Negara dan laporan bertulis yang terdapat di simpanan perpustakaan muzium Negara dan beberapa universiti awam. Tapak-tapak warisan yang diteliti melibatkan tapak-tapak yang kerap dilawati oleh para pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Hasil kajian mendapati bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam menyumbang peningkatan kedatangan pelancong untuk menarik minat pelancongan mengenai arkeopelancongan di Lembah Bujang. Makalah ini cuba menjelaskan aspek arkeopelancongan yang dapat diadaptasikan dengan penemuan tapak warisan negeri Kedah di Lembah Bujang dan melihat faktor persekitaran yang menyumbang kepada terjadinya penemuan tapak warisan negeri Kedah.

Item Type:Article
Keywords:Tapak warisan; Lembah Bujang; Arkeologi; Arkeopelancongan; Pengaruh persekitaran
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21818
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:44
Last Modified:10 Jul 2023 07:41

Repository Staff Only: item control page