Keberkesanan program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Taman Melawati Ampang

Mohd Roslin Mamat, and Nik Ahmad Sufian Burhan, (2023) Keberkesanan program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Taman Melawati Ampang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 20 (2). pp. 310-324. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
546kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Program kepolisan komuniti yang dilaksanakan di sekitar kawasan kejiranan bermatlamat mencegah kes-kes jenayah indeks membabitkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dalam kawasan kejiranan komuniti. Kajian dilaksanakan bertujuan untuk meneroka kefahaman komuniti terhadap program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah. Reka bentuk kajian kualitatif melalui pendekatan kajian kes digunakan untuk menemu bual informan kajian. Informan kajian yang dipilih melalui strategi pensampelan bertujuan melibatkan Anggota Kepolisan Komuniti (AKK). Kajian dilaksanakan di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Taman Melawati Ampang. Teknik pengumpulan data dilaksanakan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus (PKF) melibatkan AKK. Borang protokol temu bual separa struktur digunakan sebagai panduan menemu bual informan. Data-data temu bual dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa AKK memahami matlamat program kepolisan komuniti adalah untuk mencegah jenayah dalam kawasan kejiranan. Dari segi penglibatan komuniti sebagai pemangkin program didapati bahawa golongan muda dan belia terutama kurang tertarik untuk melibatkan diri secara sukarelawa sebagai AKK. Ini mengakibatkan kerjasama strategik melalui rondaan tidak dapat dilaksanakan secara berterusan kerana kejiranan enggan menyalurkan bantuan wang ringgit bagi membiayai elaun rondaan kepada AKK bertugas. Rangkaian perkongsian maklumat oleh AKK disalurkan melalui aplikasi media komunikasi seperti whatsapp, facebook group, papan kenyataan masjid dan surau, pos pengawal AKK dan perkongsian maklumat bersama-sama agensi penguatkuasa seperti PDRM dan RELA. Sebagai kesimpulannya, program kepolisan komuniti memerlukan jalinan perkongsian maklumat dan kerjasama bersepadu antara orang awam selalu AKK. Implikasi kajian memberi sumbangan input pengetahuan baharu kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), PDRM untuk memperkasa aset dan logistik yang mencukupi berdasarkan keperluan program kepolisan komuniti.

Item Type:Article
Keywords:Anggota kepolisan komuniti; Keberkesanan; Pencegahan jenayah; Balai polis; Ampang
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21819
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:44
Last Modified:10 Jul 2023 07:32

Repository Staff Only: item control page