Tahap Kelestarian Pertanian Komuniti Pekebun Kecil Koko (KPKK) di Zon Pantai Timur Sabah (PTS)

Noviatin Syarifuddin, and Asnarulkhadi Abu Samah, and Nik Ahmad Sufian Burhan, and Jasmin Arif Shah, (2023) Tahap Kelestarian Pertanian Komuniti Pekebun Kecil Koko (KPKK) di Zon Pantai Timur Sabah (PTS). e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 281-294. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
549kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Penurunan produktiviti tanaman koko seringkali dikaitkan dengan kuantiti, kualiti dan demografi pekebun kecil yang semakin berusia. Amalan pertanian baik (APB) yang tidak dipraktiskan dengan konsisten juga mempengaruhi kelestarian pertanian komuniti pekebun kecil koko (KPKK). Justeru, kajian bertujuan untuk mendeksripsi profil KPKK di zon Pantai Timur Sabah dan mengenal pasti tahap kelestarian pertanian KPKK dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan pendekatan penyelidikan tinjauan dilaksanakan ke atas 195 orang responden KPKK menggunakan borang soal selidik. Landasan model kajian adalah berdasarkan Model Kelestarian Pertanian. Item kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi berjumlah antara 0.874 sehingga 0.934. Data kajian dianalisis secara deksriptif menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Kajian menunjukkan majoriti pekebun kecil merupakan generasi pertama penanam koko, berumur lingkungan 51 sehingga 60 tahun dan berpengalaman 1 hingga 20 tahun dalam bidang pertanian. Tahap kelestarian pertanian berada pada tahap tinggi yang didominasi oleh aspek sosial (min 4.27). Diikuti, dengan kelestarian pertanian dari segi ekonomi (min 4.25) dan alam sekitar (min 4.25). Input kajian memberi kefahaman baharu kepada model yang menjelaskan keperluan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk menambahkan usaha bagi melestari pertanian koko. Ini bertepatan dengan usaha LKM bagi meningkatkan sekuriti makanan negara melalui komoditi koko.

Item Type:Article
Keywords:Kelestarian pertanian; Koko; Komuniti pekebun kecil; Zon Pantai Timur Sabah; Kuantitatif
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21821
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:44
Last Modified:10 Jul 2023 07:27

Repository Staff Only: item control page