Sejarah politik Mamluk di Mesir pada zaman pemerintahan Sultan Al-Zahir Barquq (1382-1399m)

Napisah Karimah Ismail, (2022) Sejarah politik Mamluk di Mesir pada zaman pemerintahan Sultan Al-Zahir Barquq (1382-1399m). Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 14 . pp. 214-223. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
170kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533

Abstract

Sultan al-Zahir Barquq merupakan salah seorang pemimpin Mamluk yang diba'ahkan menjadi Sultan pada tahun 784H/1382M dan 792H/1390M. Pelantikan beliau sebanyak dua kali jelas menunjukkan bahawa terdapat pemberontakan yang menyebabkan beliau digulingkan pada kali pertama. Namun, beliau kembali bangkit memperbaiki semula sistem pemerintahannya dengan pelbagai pendekatan dan usaha yang dilakukan bagi menstabilkan negara. Makalah ini bertujuan menganalisis sejarah politik Kerajaan Mamluk khususnya semsa pemerintahan Sultan al-Zahir Barquq 1382-1399M. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mencerakinkan fakta daripada sumber primer dan sekunder. Beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sehingga selepas tujuh tahun pemerintahannya beliau tewas dalam perebutan kuasa yang berlaku. Namun, ketokohan beliau menyebabkan beliau dilantik semula menjadi sultan buat kali kedua. Sultan al-Zahir seorang pemerintah yang berkaliber, bijak dan segala usaha yang dilakukan oleh jelas menunjukkan bahawa beliau amat bertanggungjawab dalam memartabatkan kedudukan kerajaan Mamluk Burji sebagai salah sebuah kuasa pemerintah dalam menangani pergolakan politik yang berlaku di Mesir ketika itu. Usaha beliau mengadakan hubungan diplomatik, memperkemaskan pentadbiran ketenteraan, membina benteng pertahanan dan memajukan Mesir dalam aspek keilmuan telah membawa Mesir mencapai kegemilangan dalam pembinaan tamadun.

Item Type:Article
Keywords:Mamluk; Mesir; Sultan al-Zahir Barquq; Politik; Pemerintahan
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:21829
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 Jul 2023 09:35
Last Modified:10 Jul 2023 04:21

Repository Staff Only: item control page