Wan Suzita Wan Ibrahim, and Nor-Ina Kanyo, (2023) Pendekatan pelancongan wilayah dari perspektif pemegang taruh di Kelantan, dalam konteks Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 339-347. ISSN 1823-884x
|
PDF
736kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Pelancongan wilayah merupakan satu strategi pembangunan negara yang melibatkan ruang, produk, perkhidmatan dan sumber pelancongan bagi meningkatkan mutu pelancongan di sesebuah wilayah. Di Malaysia pelancongan wilayah telah dilaksanakan namun, sehingga kini tiada kajian secara terperinci tentang pendekatan simbiosis, konflik dan integratif dalam pembangunan wilayah. Para sarjana berpandangan, pelancongan wilayah berupaya menjana pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), namun, kejayaan masih belum teserlah ekoran pembangunan yang dilakukan adalah berdasarkan kepentingan negeri masing-masing. Justeru itu. artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti orientasi pembangunan pelancongan wilayah yang telah dilaksanakan oleh pemegang taruh dari tahun 2008 sehingga (2020) di salah satu negeri koridor pembangunan wilayah Pantai Timur iaitu di Kelantan. Data primer diperolehi melalui survei ke atas 28 responden dalam kalangan pemegang taruh di Kelantan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pemegang taruh dalam aspek integratif lebih diutamakan berbanding pendekatan simbiosis dan konflik dalam proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan wilayah di Kelantan, Wilayah ECER. Kajian ini turut memberikan implikasi polisi dan amalan kepada pemegang taruh dalam usaha meningkatkan pembangunan wilayah dan mutu industri pelancongan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembangunan; Pelancongan wilayah; Pihak pemegang taruh; Kelantan; Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21833 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Jul 2023 08:44 |
Last Modified: | 10 Jul 2023 07:40 |
Repository Staff Only: item control page