Royalscape budaya: representasi aset utama pembudayaan negara bangsa

Zurina Ahmad Saidi, and Zurinah Tahir, and Jalaludin Abdul Malek, and Mohd Yuszaidy Mohd. Yusof, (2023) Royalscape budaya: representasi aset utama pembudayaan negara bangsa. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 325-337. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
797kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Budaya dikaitkan dengan pembangunan negara bangsa sesebuah negara. Pengaruh budaya ini merujuk kepada elemen kebudayaan seperti adat resam, nilai, sikap, norma dan kepercayaan. Umumnya, budaya dianggap sebagai satu set cara hidup bagi sesebuah kelompok masyarakat mahupun komuniti. Bandar Diraja Kuala Kangsar dikenali sebagai sebuah bandar warisan budaya. Bandar ini berkonsepkan bandar Diraja dan bandar warisan bersejarah yang jelas berdasarkan wujudnya bangunan-bangunan Kesultanan negeri Perak di sekitar bandar. Ia dilihat penting dalam menjadi aset utama dalam pembudayaan negara bangsa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti representasi budaya di bandar Diraja Kuala Kangsar sebagai satu faktor pembentukan negara bangsa. Kaedah penyelidikan menggunakan data sekunder dengan analisis jurnal, laporan kerajaan dan temu bual secara berstruktur dengan pemegang taruh. Hasil dapatan menunjukkan sebagai sebuah bandar Diraja lama, Kuala Kangsar menekankan dan merepresentasikan ciri-ciri warisan sejarah dalam meningkatkan pembudayaan negara bangsa. Dari sudut pembangunan budaya di Kuala Kangsar, ia menyajikan satu bentuk budaya yang berbeza dengan budaya di bandar Diraja yang lain di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Diraja Kuala Kangsar; Budaya; Negara bangsa; Warisan; Sejarah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21834
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:45
Last Modified:10 Jul 2023 07:38

Repository Staff Only: item control page