Penyayang dan berwawasan ciri kepimpinan pemerintahan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor era kontemporari

Rosnani Ibrahim, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, and Shaiful Bahri Md. Radzi, (2023) Penyayang dan berwawasan ciri kepimpinan pemerintahan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor era kontemporari. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 251-265. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
416kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pada era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, syair adalah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana. Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan berhubung sultan dalam zamannya. Setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa bersama-sama corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre, golongan raja tidak lagi menjadi idea dalam penulisan. Syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah pengkaryaan. Corak kepengarangan sedemikian mula melemah apabila berkembangnya sastera moden. Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) rakaman terakhir sejarah golongan Diraja. Walau bagaimanapun, pada era kontemporari ini muncul dua karya sedemikian, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) karya Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom. Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Hasil penekunan menemukan kedua-dua penulis menjadikan raja sebagai subjek penulisan. Kaedah kaji banding diapliksi dalam usaha untuk meneliti kepengarangan kedua-dua penulis dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan terdapat persamaan kepengarangan dengan memaparkan ciri kepimpinan pemerintahan yang penyayang dan berwawasan dimiliki oleh sultan bagi negeri masing-masing. Hasil kajian ini membuktikan bahawa syair diraja masih kekal relevan dalam mengangkat dan mengagungkan seseorang raja walaupun dalam era moden. Kedudukan pengarang moden yang berada di luar lingkungan istana tidak menghalang mereka menghasilkan syair diraja ini.

Item Type:Article
Keywords:Penyayang; Berwawasan; Relevan; Syair DiRaja; Kontemporari
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21838
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:45
Last Modified:10 Jul 2023 07:20

Repository Staff Only: item control page