Durrah Abd Malek, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2023) Memahami hubungan sivil-tentera Thailand dari perspektif teori concordance: satu analisis. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 162-174. ISSN 1823-884x
|
PDF
342kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Hubungan sivil-tentera Thailand sering berada dalam keadaan antagonisme dan menjadi subjek pemerhatian kerana tindakan-tindakan tidak demokratik institusi ketenteraan, terutamanya kudeta yang kerap dilakukan. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada pembantutan proses pendemokrasian dan polarisasi ekstrem dalam politik domestik Thailand. Namun, lanskap ini terhasil daripada kurangnya keazaman politik dan persetujuan dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan untuk mewujudkan satu ekosistem politik domestik yang boleh memenuhi kehendak semua pihak dan membawa kepada kestabilan politik. Teori concordance yang dikembangkan oleh Rebecca Schiff tidak pernah digunakan ke atas hubungan sivil-tentera Thailand dan model ini memberikan satu alternatif yang berbeza dari teori institusi Huntington: matlamat hubungan sivil-tentera yang baik adalah kestabilan politik dan bukan demokrasi semata-mata. Melalui kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikan model ini dan menganalisa kemungkinan sebuah hubungan sivil-tentera yang stabil dan profesional di Thailand sekiranya ia menurut prasyarat-prasyarat yang digariskan oleh teori concordance.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hubungan sivil-tentera; Teori concordance; Institusi ketenteraan Thailand; Kudeta tentera; Politik Thailand |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21841 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Jul 2023 08:45 |
Last Modified: | 10 Jul 2023 07:04 |
Repository Staff Only: item control page