Muhammad Hakimi Tew Abdullah, and Norwati Roslim, and Zakri Abdullah, and Muhammad Nabihan Abu Bakar, and Zainal Abidin Razak, (2023) Teknostres dalam kalangan warga pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ketika pandemik COVID-19. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 127-140. ISSN 1823-884x
|
PDF
539kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Teknostres merupakan satu jenis penyakit adaptasi moden yang disebabkan oleh ketidakupayaan seseorang individu untuk menampung keperluan teknologi komunikasi terkini secara sihat dan betul. Ia adalah satu gejala yang boleh dialami oleh mereka yang terdedah kepada teknologi pada suatu jangka masa tertentu. Soal-selidik telah diedarkan kepada warga pendidik secara dalam talian pada tahun 2021 (n=148) untuk mengenalpasti faktor pencetus kepada berlakunya teknostres dan tahap teknostres dalam kalangan warga pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) ketika pandemik COVID-19. Data yang diperoleh dianalisa secara diskriptif dan inferential. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti warga pendidik yang dikaji berada pada tahap teknostres yang tinggi. Faktor ketidakpastian teknologi dilihat menjadi faktor penyebab utama yang mendorong kepada berlakunya teknostres ketika pandemik COVID-19. Faktor teknostres seterusnya adalah pencerobohan teknologi, bebanan teknologi, kerumitan teknologi dan ketidakselamatan teknologi. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa terdapat empat faktor berada pada tahap min skor yang tinggi dan faktor ketidakselamatan teknologi berada pada tahap min skor yang sederhana dari semua faktor teknostres yang terlibat. Hasil ujian-t sampel bebas menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan teknostres yang signifikan berlaku terhadap warga pendidik mengikut status perkahwinan dan lokasi penggunaan teknologi komunikasi pada tahap signifikan .05. Ujian anova sehala mendapati terdapat perbezaan teknostres yang signifikan mengikut faktor umur dalam kalangan warga pendidik. Teknostres dapat dikesan melalui individu yang semakin menunjukkan kebergantungan yang kuat terhadap teknologi komunikasi muktahir ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknostres; Tekno-phobia; Pengajaran dan pembelajaran; Teknologi maklumat; COVID-19 |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21844 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Jul 2023 08:45 |
Last Modified: | 10 Jul 2023 06:44 |
Repository Staff Only: item control page