Muhammad Aiman Danial Bin Abu Bakar, and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, (2023) Pendekatan Strategi Pemulihan (Turnaround Strategy) yang digunakan oleh pihak majikan semasa organisasi berhadapan situasi pandemik COVID-19 di Kota Kinabalu, Sabah. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 212-225. ISSN 1823-884x
|
PDF
521kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap kelangsungan organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi perniagaan dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi dan keuntungan syarikat juga turut terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara sektor yang terjejas adalah sektor pelancongan seperti industri perhotelan di Malaysia. Industri tersebut terpaksa menutup atau menghentikan operasi organisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdasarkan senario semasa, kertas kerja ini mengetengahkan Strategi Pemulihan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu-bual dua (2) orang Pengurus Sumber Manusia dalam industri perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa Strategi Pemulihan adalah strategi yang berkesan, bagi menstabilkan semula prestasi organisasi demi kelangsungan organisasi. Antara langkah-langkah yang diambil oleh organisasi adalah dengan melaksanakan Strategi Pemulihan (Turnaround strategy) iaitu pengurangan aset, penjimatan kos dan penjanaan hasil. Tindakan ini memberi kesan terhadap prestasi organisasi yang dinilai dari aspek komunikasi, produktiviti dan kepimpinan dalam organisasi. Kajian lepas oleh (Mann dan Byun, 2017) dan (Santana et al., 2017) menyatakan Strategi Pemulihan adalah berkesan untuk mengekalkan kelangsungan organisasi semasa pandemik COVID-19. Dapatan awal ini memerlukan penelitian aspek teoritikal, bagi melihat bagaimana hala tuju organisasi dalam mengamalkan Strategi Pemulihan, pengurangan tenaga kerja dan impaknya terhadap prestasi sesebuah organisasi semasa berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Strategi Pemulihan; Prestasi organisasi; Pandemik COVID-19; Industri perhotelan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21845 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Jul 2023 08:46 |
Last Modified: | 10 Jul 2023 07:10 |
Repository Staff Only: item control page