Kemiskinan digital dalam kalangan peniaga di kawasan luar bandar: suatu kajian kes di Kota Belud dan Kudat Sabah

Nur Firzana Binti Rosman, and Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof, (2023) Kemiskinan digital dalam kalangan peniaga di kawasan luar bandar: suatu kajian kes di Kota Belud dan Kudat Sabah. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (2). pp. 226-236. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
361kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pandemik COVID-19 yang menular di Malaysia secara tidak langsung telah mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan peniaga sekitar luar bandar Sabah. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan peniaga wajib mematuhi arahan kerajaan dengan menutup premis jualan mereka. Perkara ini telah menyebabkan peniaga mengalami kerugian dan perlu mencari alternatif bagi meneruskan perniagaan dan memastikan penjanaan pendapatan secara berterusan. Pada masa kini, peranan teknologi digital bukan sahaja mampu mentransformasikan peniaga luar bandar malah mampu membantu peniaga untuk terus bertahan dalam perniagaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemiskinan digital yang berlaku dalam kalangan peniaga luar bandar dan menjelaskan halangan yang dihadapi oleh peniaga luar bandar dalam berhadapan isu kemiskinan digital di kawasan Kota Belud dan Kudat, Sabah. Kajian ini telah menemu bual sebanyak enam (6) orang peniaga di sekitar kawasan Kota Belud dan Kudat, Sabah dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati peniaga luar bandar berhadapan dengan isu kemiskinan dalam kategori kaya digital dan terhubung, ini kerana kesemua informan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan teknologi Internet untuk bersosial, mencari informasi terkini, malah ada dalam kalangan mereka yang kerap melakukan transaksi jual-beli atas talian. Namun walaupun semasa PKP para peniaga mengalami kerugian yang sangat besar, tidak banyak daripada kalangan mereka mencuba untuk mengubah landskap perniagaan mereka daripada berniaga secara tradisional kepada atas talian, sedangkan pihak kerajaan memberi banyak bantuan untuk menggalakkan peniaga memasuki perniagaan digital.

Item Type:Article
Keywords:Kemiskinan digital; Peniaga luar bandar; Perniagaan atas talian; Pasar tamu; Covid-19
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21854
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Jul 2023 08:47
Last Modified:07 Jul 2023 08:47

Repository Staff Only: item control page