Status patuh syariah e-money bagi akaun e-wallet popular di Malaysia

Khairul Azmil Md Noor, and Amir Fazlim Jusoh, (2022) Status patuh syariah e-money bagi akaun e-wallet popular di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (2). pp. 11-18. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
489kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

E-Wallet atau dompet digital merupakan aplikasi atau perkhidmatan secara online yang membolehkan seseorang melaksanakan urusniaga secara elektronik bersama pihak lain melalui pertukaran wang digital (e-Money) dengan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji status deposit e- Money dalam e-Wallet, jenis akaun penyimpanan e-Money, status ganjaran e-Wallet dan status pengeluarannya menurut syariah kerana setiap apa-apa bentuk pengurusan kewangan semasa kini memerlukan kepatuhan syariah seperti yang dituntut kepada umat islam. Kajian memfokuskan status e-Money pada tiga syarikat penyedia iaitu Touch ‘n Go eWallet, Grab Pay dan Boost. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan untuk mendapatkan data dari sumber primer dan sekunder. Kajian ini mendapati e-Money yang terdapat pada ketiga-tiga e-Wallet yang dikaji secara umumnya dianggap halal tetapi masih terdapat perkara-perkara yang memerlukan kajian lanjutan.

Item Type:Article
Keywords:E-Money; E-wallet; Tambah nilai; Ganjaran; Syariah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:21863
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Jul 2023 08:12
Last Modified:14 Jul 2023 06:48

Repository Staff Only: item control page