Iffah Abd Razak, and Amir Fazlim Jusoh, (2022) Transaksi mikro item permainan atas talian menurut perspektif syarak. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (2). pp. 19-27. ISSN 0127-788X
|
PDF
491kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil
Abstract
Kini, permainan atas talian berkembang pesat dalam dunia permainan di peringkat global yang bukan sahaja melibatkan kanak-kanak dan remaja, malah, perkembangan tersebut turut melihat kepada keterlibatan pelbagai institusi. Hasil daripada perkembangan tersebut, telah mendorong kepada lahirnya konsep transaksi mikro dan ia mempunyai pelbagai kaedah pembayaran. Justeru, fokus kajian ini adalah untuk menentukan hukum transaksi jual beli item permainan atas talian dengan menggunakan konsep (mal) harta bagi status item permainan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan penggunaan kaedah analisis dokumen, data, statistik dan kajian terdahulu. Hasil dapatan kajian mendapati, transaksi tersebut adalah harus kerana, ia menepati rukun dan juga syarat jual beli. Kepentingan kajian ini adalah sebagai rujukan untuk memudahkan individu dan juga institusi fatwa dalam menetapkan hukum keharusan jual beli item permainan atas talian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Transaksi mikro; Esport; Permainan atas talian; Dota2; Harta |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 21864 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 10 Jul 2023 08:21 |
Last Modified: | 14 Jul 2023 06:50 |
Repository Staff Only: item control page