Konsep pemilikan dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah di Perbankan Islam serta kesannya kepada akad hibah

Mohammad Syafiq Shaifuddin, and Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, (2022) Konsep pemilikan dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah di Perbankan Islam serta kesannya kepada akad hibah. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (2). pp. 28-42. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
668kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Pemilikan merupakan aspek penting untuk menentukan keupayaan melakukan kepelbagaian urusniaga terhadap aset yang dimiliki oleh sesuatu entiti. Perkembangan insitusi kewangan Islam yang semakin rancak telah menyaksikan berlakunya kepelbagaian akad pendasar dalam sesuatu kontrak pembiayaan yang memberi kesan kepada aspek pemilikan terhadap pelanggan dan juga insitusi kewangan Islam. Majoriti fuqaha’ berpandangan seseorang individu tersebut perlu memiliki pemilikan secara sempurna terhadap aset bagi memastikan kesahan sebarang urusan muamalat seperti jual beli dan hibah mengikut persepektif syarak. Pada masa kini, sebahagian besar umat Islam di Malaysia memiliki aset perumahan dan kenderaan melalui pembiayaan yang diperolehi daripada insitusi kewangan Islam yang memakan masa berpuluh tahun untuk melunaskan baki pembayaran. Melalui kontrak pembiayaan tersebut, timbulnya isu sekiranya pemilik berhajat untuk menghibahkan aset yang masih dalam tempoh pembiayaan. Justeru, kertas kerja ini bertujuan merungkai sejauhmana akad hibah tersebut sah untuk dilakukan berdasarkan konsep pemilikan yang terdapat dalam produk pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah yang ditawarkan oleh insitusi kewangan Islam. Kajian ini dilakukan melalui metode kualitatif yang menggunakan analisis kandungan untuk menjelaskan impak konsep pemilikan dalam produk pembiayaan perumahan dan kenderaan terhadap akad hibah. Hasil kajian mendapati bahawa insitusi kewangan Islam merupakan pemilik sebenar terhadap aset yang dibiayai melalui akad sewaan dan implikasinya menyebabkan penghibahan aset yang dilakukan dalam tempoh pembiayaan tersebut adalah tidak harus di sisi syarak.

Item Type:Article
Keywords:Pemilikan; Pembiayaan; Akad pendasar; al-Ijarah; Hibah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:21865
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Jul 2023 08:39
Last Modified:14 Sep 2023 07:49

Repository Staff Only: item control page