Perbandingan kedudukan haiwan jallālah menurut pandangan fuqaha klasik dan fatwa semasa di Malaysia

Kamarulzaman Mustappa, and Muhammad Nazir Alias, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, and Sahilah Abd. Mutalib, and Mohd Hafiz Safiai, (2022) Perbandingan kedudukan haiwan jallālah menurut pandangan fuqaha klasik dan fatwa semasa di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (2). pp. 73-85. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
513kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Hukum haiwan jallālah pernah diangkat sebagai isu nasional suatu ketika apabila dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Malaysia pada tahun 2006 dan 2021. Ini kerana ia melibatkan aspek pemakanan umat Islam di Malaysia yang menyentuh hukum halal dan haram. Jallālah ialah haiwan yang sering memakan najis dan benda-benda kotor termasuklah diberi makan oleh orang yang memeliharanya. Objektif kajian ini adalah utntuk mengenalpasti konsep perbahasan haiwan jallālah oleh para fuqaha empat mazhab untuk dibandingkan dengan keputusan hukum fatwa di Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian analisis kandungan dengan meneliti kitab-kitab fiqh yang muktabar serta laman sesawang yang berkaitan. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai perbahasan dari segi konsep dan hukum haiwan jallālah dalam kalangan para fuqaha. Dari aspek fatwa pula, terdapat perbezaan hukum jallālah antara negeri-negeri berpandukan kriteria tertentu seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa fatwa negeri masing-masing. Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan ketara dari aspek hukum antara pandangan fuqaha dan pengamalan fatwa di Malaysia. Artikel ini dapat menjadi suatu penjelasan kepada landasan hukum yang digunakan dalam penetapan sesuatu fatwa berkaitan hukum ikan jallalah.

Item Type:Article
Keywords:Konsep; Haiwan jallālah; Najis; Fuqaha; Fatwa
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:21868
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Jul 2023 09:05
Last Modified:14 Jul 2023 06:58

Repository Staff Only: item control page