Maqasid syariah dalam keharusan hibah ruqba

Nur Safina Mohd Sharif, and Noor Lizza Mohamed Said, (2022) Maqasid syariah dalam keharusan hibah ruqba. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (2). pp. 96-105. ISSN 0127-788X

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Banyak syarikat perancangan dan pengurusan harta orang Islam di Malaysia menawarkan produk hibah yang bersandarkan syarat ruqba. Amalan konsep akad hibah ruqba ini semakin berkembang penggunaannya dari semasa ke semasa sedangkan terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli fiqh berkaitan hibah yang bersandarkan syarat ruqba. Konsep hibah ruqba yang berbeza dengan kaedah asal hibah mutlak menjadi persoalan adakah terdapat keperluan dan kemaslahatannya pada masa kini. Timbul juga persoalan apakah maqsad utama keharusan hibah ruqba disamping melihat pengamalannya di Malaysia. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengetahui pengamalan produk hibah yang bersandarkan syarat ruqba di Malaysia di samping mengetahui maqasid syariah dalam keharusan hibah ruqba. Kajian ini berbentuk kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan daripada sumber fiqh, maqasid syariah dan laporan-laporan kes di Mahkamah Syariah. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat maqasid syariah dalam keharusan hibah yang bersandarkan syarat ruqba terutamanya dalam produk-produk hibah ruqba yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat perancangan dan pengurusan harta di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Hibah ruqba; Maqasid Syariah; Objektif Syarak; Produk hibah; syarikat pengurusan harta
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:21870
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Jul 2023 09:17
Last Modified:14 Jul 2023 07:07

Repository Staff Only: item control page