Perubahan status tanah adat di Negeri Sembilan menurut perspektif Islam

Mat Noor Mat Zain, and Nur Amira Azaldin, and Azlin Alisa Ahmad, (2022) Perubahan status tanah adat di Negeri Sembilan menurut perspektif Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (2). pp. 1-10. ISSN 0127-788X

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Tanah adat di Negeri Sembilan berasaskan adat perpatih yang mesti dikekalkan secara turun temurun secara warisan dan jagaan wanita, maka tidak boleh dijual beli. Namun, apabila berlaku pengambilalihan oleh kerajaan maka timbul persoalan apakah ia dibenarkan oleh undang-undang dan juga hukum syarak. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti status tanah adat yang telah bertukar taraf dari perspektif perundangan dan hukum. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa pengambilan tanah adat di Negeri Sembilan oleh pihak kerajaan adalah dibenarkan dari segi undang-undang. Begitu juga dengan hukum adat kerana ia boleh berubah setelah mendapat persetujuan Ketua Adat dan ahli suku yang lain. Dari segi hukum syarak, ia juga dibolehkan jika dilakukan oleh pemerintah kerana tindakannya adalah berasaskan kemaslahatan rakyat dan negara.

Item Type:Article
Keywords:Perubahan status; Adat, tanah adat; Perspektif Islam
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:21892
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:16 Jul 2023 05:47
Last Modified:16 Jul 2023 05:47

Repository Staff Only: item control page