Norwati Abu Baka, and Mohd Isa Hamzah, and Ab. Halim Tamuri, and Zetty Nurzuliana Rashed, and Nurussa’edah Hj Abu Bakar, (2023) Gaya pengajaran guru pendidikan islam di sekolah menengah negara brunei darussalam di era SBAFL. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 24 (1). pp. 43-52. ISSN 1511-8393
|
PDF
192kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/archive
Abstract
Pentaksiran merupakan aspek terpenting dalam sistem pendidikan. Selain isu pengajaran, isu pentaksiran juga perlu dititikberatkan kerana ia berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk gaya pengajaran guru pendidikan Islam apabila pentaksiran kendalian sekolah untuk pembelajaran (PKSuP) dilaksanakan dalam matapelajara Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi yang menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan, yang melibatkan tujuh orang guru Pendidikan Islam. Data diperoleh melalui: i) kaedah temu bual secara mendalam, ii) pemerhatian langsung di bilik darjah secara non-participant dan iii) bukti dokumen. Dapatan menunjukkan bahawa gaya pengajaran gurur pendidikan Islam (GPI) diantaranya ialah, pengajaran berpusatkan pelajar, pengajaran lebih bersistemtik dan berlakunya bimbingan berterusan. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunujukkan bahawa PKSuP (SBAfL) memberi pengaruh yang positif terhadap gaya pengajaran GPI. Oleh yang demikian, perlaksanaan SBAfL perlu diimplementasikan secara konsisten dan menyeluruh demi meningkatkan dan memantapkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dalam semua peringkat persekolahan. Dapatan kajian ini secara umumnya diharap akan dapat membantu pihak yang berkepentingan untuk meningkatkan dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di negara Brunei Darussalam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengaruh; Pentaksiran Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran (PKSuP); SBAfL; Gaya pengajaran guru |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 21898 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 16 Jul 2023 14:04 |
Last Modified: | 18 Jul 2023 03:51 |
Repository Staff Only: item control page