Ismail Abas, (2023) Analisis kemahiran berfikir dalam pendidikan Islam. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 24 (1). pp. 53-63. ISSN 1511-8393
|
PDF
295kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1600
Abstract
Kertas Kerja ini meninjau secara deskriptif konsep dan proses berfikir dalam tradisi ilmu Islam. Asas dalam kemahiran berfikir ialah Al-Quran dan Assunnah. Dalam usaha membentuk generasi pelajar yang seimbang dan harmonis, bidang kognitif (intelek), afektif (emosi) dan psikomotor (jasmani) perlu diberi penekanan yang seimbang dalam pendidikan. Masalah cabaran globalisasi dunia menuntut perubahan dalam pendekatan berfikir agar mengatasi cabaran-cabaran yang terhasil dari proses globalisasi dunia khasnya dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam. penekanan utama dalam bidang kognitif perlu diberikan kepada aspek pengembangan minda pelajar iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan bersistematik. Objektif kajian adalah (i) Konsep alfikr dan kedudukannya yang strategik dalam Islam. (ii) Potensi semula jadi manusia untuk berfikir dan berkontemplasi ( iii) bagaimana individu dapat melatih nafsu (hawa) supaya tunduk dan akur kepada arahan akal dan ilmunya, untuk mencapai kecemerlangan berfikir atau hikmah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menguasai kemahiran berfikir berupaya untuk menerokai ilmu iaitu (i) ilmu dunia dan akhirat (ii) melakukan adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menangani perubahan dan menghadapi cabaran antaranya cabaran akidah dan akhlak. Guru tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran dan penilaian yang berkesan bagi membentuk generasi pelajar insan soleh berfikiran kelas pertama dalam Abad 21.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Berfikir; Pendidikan Islam; Inovasi; Pelajar; Guru |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 21899 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 16 Jul 2023 14:25 |
Last Modified: | 18 Jul 2023 04:02 |
Repository Staff Only: item control page