Aplikasi pengujian antibodi anti-nuklear dalam menentukan penyakit autoimun reumatik sistemik dan penyakit berkaitan

Asrul Abdul Wahab, (2023) Aplikasi pengujian antibodi anti-nuklear dalam menentukan penyakit autoimun reumatik sistemik dan penyakit berkaitan. Sains Malaysiana, 52 (3). pp. 887-898. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
414kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Antibodi anti-nuklear (ANA) merupakan salah satu contoh autoantibodi yang boleh terbentuk sebelum berlakunya penyakit autoimun terutamanya penyakit autoimun reumatik sistemik. Disebabkan itu, ANA telah menjadi satu ujian penting yang dipohon oleh pakar klinikal apabila seseorang pesakit tersebut disyaki mempunyai penyakit autoimun. Terdapat pelbagai kaedah makmal yang boleh digunakan untuk mengesan kehadiran ANA dalam darah seseorang pesakit tetapi kaedah imunofluoresen telah dianggap sebagai kaedah makmal yang piawai untuk tujuan penyaringan ANA. Kehadiran ANA ini tidaklah khusus kepada penyakit autoimun kerana tahap kesensitifan dan kekhususannya adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis penyakit autoimun. Penggunaan kaedah makmal yang berbeza juga telah menunjukkan kadar kesensitifan dan kekhususan yang berbeza-beza dalam mengesan ANA. Pentafsiran keputusan ANA untuk sesuatu penyakit autoimun juga terbatas dengan kehadiran ANA yang boleh dikesan dalam kalangan pesakit yang tidak mempunyai penyakit autoimun malah boleh juga dikesan dalam kalangan mereka yang sihat. Maklumat klinikal pesakit menjadi satu unsur yang penting untuk membolehkan pentafsiran ANA yang berkesan dan juga boleh memberikan panduan kepada ujian selanjutnya jika diperlukan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengujian ANA menggunakan kaedah imunofluoresen telah mengalami beberapa pembaharuan termasuklah penubuhan Kesepakaran Corak ANA Antarabangsa (ICAP) dan pembacaan slaid ANA IF secara automasi. Pembaharuan yang berlaku ini adalah ke arah penyeragaman pelaporan pengujian ANA IF. Ulasan ini merangkumi pelbagai kaedah makmal yang boleh digunakan untuk mengesan ANA, kegunaan klinikal keputusan ANA positif dan perkembangan terkini dalam pengujian ANA.

Item Type:Article
Keywords:Antibodi anti-nuklear; Asai multiplek; Imunoasai enzim; Imunofluoresen
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21922
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 Jul 2023 03:55
Last Modified:21 Jul 2023 03:55

Repository Staff Only: item control page