Analisis kerawakan algoritma terubah suai sifer blok ultra-ringan, SLIM

Isma Norshahila Mohammad Shah, and Eddie Shahril Ismail, (2023) Analisis kerawakan algoritma terubah suai sifer blok ultra-ringan, SLIM. Sains Malaysiana, 52 (3). pp. 1023-1036. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
485kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Ahli kriptografi giat menjalankan penyelidikan dalam bidang kriptografi ringan untuk mengekalkan keselamatan data dalam peranti sumber terhad seperti teg RFID, peranti perubatan dan penjagaan kesihatan serta rangkaian sensor. Satu daripada algoritma kriptografi ringan yang telah dibangunkan untuk tujuan tersebut ialah algoritma SLIM. SLIM merupakan algoritma sifer blok ultra-ringan khusus digunakan dalam Internet Kesihatan Benda. SLIM adalah sifer blok bersaiz 32-bit berasaskan struktur Feistel. Algoritma SLIM mempunyai keberkesanan penyulitan yang baik, walau bagaimanapun, algoritma ini tidak mempunyai fungsi kabur dan sebaran yang diperlukan oleh sifer blok sebagai satu daripada aspek keselamatan kriptografi yang harus dipatuhi. Oleh itu, bagi memperbaiki fungsi kabur dan sebaran algoritma ini, pengubahsuaian terhadap algoritma penjanaan kekunci algoritma SLIM telah dilakukan. Analisis kerawakan kemudiannya dilakukan bagi menilai kerawakan algoritma SLIM dan SLIM terubah suai dengan menggunakan Suit Ujian Statistik NIST. Sebanyak sembilan kategori data iaitu Strict Key Avalanche, Strict Plaintext Avalanche, Plaintext Ciphertext Correlation, Cipher Block Chaining, Random Plaintext Random Key, Low-Density Key, High-Density Key, Low-Density Plaintext dan High-Density Plaintext telah digunakan untuk menjana 100 jujukan input bagi setiap sampel dalam setiap kategori data. Algoritma SLIM dan SLIM terubah suai menjana blok teks sifer yang kemudiannya digabungkan untuk membentuk jujukan dedua. Berdasarkan hasil kajian perbandingan, keputusan analisis kerawakan algoritma SLIM terubah suai adalah lebih baik daripada algoritma asal berdasarkan aras keertian 1%.

Item Type:Article
Keywords:Algoritma SLIM; Analisis kerawakan; Kriptografi; Sifer blok ringan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21937
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jul 2023 01:49
Last Modified:24 Jul 2023 01:49

Repository Staff Only: item control page