Ulasan: kebolehan medan magnet merawat bahan api hidrokarbon dalam enjin pembakaran dalam

Ahmad Fazli Mohamad Nor, and Wan Mohd Faizal Wan Mahmood, and Muhamad Alias Md Jedi, (2023) Ulasan: kebolehan medan magnet merawat bahan api hidrokarbon dalam enjin pembakaran dalam. Jurnal Kejuruteraan, 35 (1). pp. 105-115. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
796kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3501-2023/

Abstract

Peningkatan penggunaan bahan api fosil dan tahap pencemaran udara yang tinggi mendorong penyelidik meneroka pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesannya. Selain daripada naiktaraf komponen enjin, modifikasi molekul bahan api juga berupaya menyumbang kepada penyelesaian. Penggunaan medan medan pada paip bahan api sebelum ianya dipancit dalam enjin menjadi salah satu alternatif penting bagi meningkatkan penyampaian enjin dan mengurangkan pembebasan gas ekzos yang mencemarkan. Kajian terdahulu membuktikan bawaha medan magnet berupaya meningkatkan kadar pembakaran dengan mempengaruhi molekul bahan api. Setelah rawatan magnet dilakukan, atom hidrogen dalam bahan api hidrokarbon lebih cenderung untuk bertindakbalas dengan molekul oksigen dan menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Namun, keputusan yang diperolehi daripada penyelidik adalah berbeza-beza daripada segi kadar penjimatan dan pengeluaran gas ekzos yang bergantung kepada keadaan ujikaji tertentu. Walaupun sesetengah penyelidik berjaya merekodkan penjimatan bahan api yang signifikan dan persis, namun kaedah ini masih belum popular dikalangan pengeluar kenderaan dan pengguna. Objektif laporan ini diterbitkan adalah bagi membincangkan kajian berkaitan pengaruh medan magnet kepada bahan api hidrokarbon dan kesan pembakarannya dalam enjin. Penemuan daripada penyelidikan terdahulu hingga kini dirangkumkan yang menerangkan perihal tindakbalas molekul bahan api semasa rawatan magnet dijalankan serta faktor-faktor utama yang menyumbang kepada pengionan yang lebih berkesan dalam meningkatan prestasi enjin dan pengurangkan gas ekzos secara ketara.

Item Type:Article
Keywords:Enjin; Prestasi; Penggunaan bahan api; Gas ekzos; Magnet
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21943
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Jul 2023 03:07
Last Modified:27 Jul 2023 05:42

Repository Staff Only: item control page