Kesan orientasi pengurusan strategik terhadap kecekapan firma pembuatan halal

Siti Aishah Hadawiah Ahmad, and Mohd Nizam Ab Rahman, and Ariff Azly Muhamed, and Habiel Zakariah, (2023) Kesan orientasi pengurusan strategik terhadap kecekapan firma pembuatan halal. Jurnal Kejuruteraan, 35 (1). pp. 159-168. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
547kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3501-2023/

Abstract

Peningkatan permintaan produk halal di peringkat global mendorong perkembangan pesat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) halal. PKS halal mengadaptasi konsep pengurusan rantaian bekalan pembuatan halal (HSCM) sebagai satu langkah proaktif di dalam usaha meningkatkan kecekapan firma (FP). Walaubagaimanapun, manfaat HSCM tidak dapat dicapai sepenuhnya tanpa pengurusan pembuatan strategik (PBS) yang berkesan. Berdasarkan konsep ini, hubungkait antara PBS, HSCM, dan FP masih menjadi perdebatan. Justeru, satu kajian menyeluruh wajar dijalankan bagi mengenalpasti faktor dan implikasi PBS terhadap HSCM dan juga FP. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan PBS dan HSCM di dalam sektor PKS halal serta impak PBS terhadap FP. Kajian ini menggunapakai metodologi kaji selidik kuantitatif, dan soalselidik telah diperincikan berdasarkan konsep teoretikal yang telah disahkan. Sebanyak 211 salinan borang soal selidik telah diedarkan kepada eksekutif dan pengurus firma PKS halal. Kajian ini menggunapakai kaedah pensampelan bertujuan. Permodelan Persamaan Struktur (SEM)berasaskan Kuasa Dua Separa (PLS) digunapakai bagi menganalisis data kajian yang diperolehi. Orintasi pasaran (MO) dikenalpasti mempunyai kesan yang signifikan terhadap kecekapan firma (FP) di dalam konteks industry halal. Disamping itu, orientasi rantaian bekalan (SCO) dilihat mempunyai impak yang minima terhadap FP walau analisis statistikal menunjukkan perhubungan yang signifikan. Kajian ini Berjaya membangunkan sebuah model untuk dijadikan kepada pengamal industri halal di dalam meningkatkan kecekapan operasi perniagaan melalui pendekatan prinsip orientasi strategic

Item Type:Article
Keywords:Orientasi rantaian bekalan; Orientasi pasaran; Industry halal; Kecekapan firma
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21949
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Jul 2023 03:33
Last Modified:27 Jul 2023 05:54

Repository Staff Only: item control page