Analisis penilaian iklim keselamatan penyelia dalam sistem pengurusan pengangkutan rel bandar

Kadir Arifin, and Norfadillah Derahim, (2023) Analisis penilaian iklim keselamatan penyelia dalam sistem pengurusan pengangkutan rel bandar. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 3-13. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
315kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Sesebuah organisasi bertanggungjawab dalam mengurangkan risiko insiden dan kemalangaan maut dalam kalangan pekerja. Peranan figura penyelia turut memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat keselamatan organisasi. Justeru, kajian dilaksanakan bagi menganalisis tahap penilaian iklim keselamatan pekerja terhadap penyelia. Kajian melibatkan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Seramai 441 orang responden dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pekerja bahagian operasi dan bahagian penyelenggaraan organisasi pengangkutan rel bandar terlibat dalam kajian ini. Ujian deskriptif dan ujian inferensi melalui Ujian-t melibatkan pemboleh ubah bersandar (pekerja operasi dan penyelenggaraan) dan pemboleh ubah tidak bersandar (dimensi iklim keselamatan penyelia) diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penilaian iklim keselamatan penyelia adalah berada di tahap sederhana. Dimensi kompetensi dan dimensi reaksi terhadap tingkah laku pekerja mempunyai tahap penilaian tertinggi berskor tinggi (min = 3.69 dan min = 3.71) berbanding dua lagi dimensi iaitu kepimpinan dan dimensi usaha ke arah peningkatan keselamatan pekerja, masing- masing (min = 3.57, min = 3.62). Kajian juga mendapati terdapat perbezaan secara signifikan di antara pekerja di bahagian operasi dan pekerja di bahagian penyelenggaraan bagi penilaian tahap iklim keselamatan penyelia (t = 2.116, p = 0.035) dengan magnitud perbezaan berimpak kecil (eta squared = 0.01). Perkara ini merupakan cabaran kepada organisasi, kerana penyelia seharusnya menjadi contoh terbaik buat pekerja sesuai dengan peranan penyelia sebagai pengantara di antara pihak atasan dengan pekerja. Hasil kajian boleh dijadikan sebagai rujukan kepada organisasi dalam meningkatkan intergriti dan komitmen penyelia dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan organisasi khasnya bagi organisasi pengendali sistem pengurusan pengangkutan rel bandar.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi; Kepimpinan; Usaha penyelia; Keselamatan pekerja; Tingkah laku pekerja
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21950
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 03:49
Last Modified:24 Jul 2023 16:14

Repository Staff Only: item control page