Perkahwinan campur kedatuan-idahan dan hubungannya dengan perkembangan Islam di Lahad Datu, Sabah

Rosdiana Onga, and Suraya Sintang, (2023) Perkahwinan campur kedatuan-idahan dan hubungannya dengan perkembangan Islam di Lahad Datu, Sabah. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 15-26. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Sejarah mencatatkan perkahwinan campur antara Datu yang berasal dari Kepulauan Sulu dengan wanita Idahan telah berlaku sejak abad ke-17. Hasil perkahwinan campur antara keduanya telah melahirkan pewaris yang dikenali sebagai Kedatuan-Idahan. Kertas kerja ini membincangkan sejarah perkahwinan campur Kedatuan dan Idahan di Sabah yang menyumbang kepada pengukuhan identiti Islam dalam kalanganpenduduk pantai timur Sabah. Kajian ini melibatkan pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan kandungan analisis teks dan temubual secara mendalam bersama informan utama (key informants) terpilih di beberapa perkampungan masyarakat Idahan di Lahad Datu. Hasil kajian menunjukkan perkahwinan antara Datu daripada kepulauan Sulu dengan wanita Idahan telah melahirkan pewaris yang mempunyai hubungan kekerabatan dengan kesultanan Sulu. Hubungan kekerabatan ini dipercayai menguatkan lagi penguasaan kegiatan ekonomi sarang burung yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang China. Dapatan kajian juga menunjukkan pembawaan gelaran Datu dan Dayang pada pangkal nama pewaris Kedatuan mengukuhkan lagi identiti Islam dalam kalangan masyarakat pantai timur Sabah. Kajian turut mendapati perkahwinan Kedatuan-Idahan telah memberi impak kepada kedudukan politik masyarakat Idahan di kawasan Teluk Darvel dan turut menyumbang kewujudan petempatan awal masyarakat Islam di pantai timur Sabah. Peranan Kedatuan turut menjelaskan peri pentingnya kedudukan mereka sebagai pemimpin beragama Islam di daerah Lahad Datu dan penglibatan mereka dalam Suruhanjaya Cobbold sehingga pembentukan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kahwin campur; Idahan; Datu; Sulu; Perkembangan Islam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21951
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 03:58
Last Modified:24 Jul 2023 16:16

Repository Staff Only: item control page