Dimensi spiritual dalam kalangan pesakit terminal

Hasimah Chik, and Che Zarrina Sa’ari, and Sharifah Basirah Syed Muhsin, and Sheriza Izwa Zainuddin, and Loh, Ee Chin (2023) Dimensi spiritual dalam kalangan pesakit terminal. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 77-89. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
290kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Spiritual merupakan asas yang paling mendalam pada diri seseorang individu, yang dapat membantu seseorang itu mencapai makna dalam kehidupan sekali gus dapat bertahan untuk berhadapan dengan sesuatu cabaran dalam kehidupan. Keresahan spiritual (spiritual distress) pula merupakan satu gangguan terhadap spiritual seseorang individu yang sedang bertarung dengan kesulitan dalam diri disebabkan oleh keperluan yang tidak dipenuhi. Keresahan spiritual boleh dibahagikan kepada dua subkonsep iaitu, “spirit” dan “distress. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza dan kontradiktif. Manakala makna spiritual itu sendiri adalah berbeza pada setiap individu kerana sumber asas kekuatan setiap individu adalah berbeza. Artikel ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pesakit terhadap makna spiritual yang seterusnya membawa kepada masalah keresahan spiritual yang dihadapi oleh mereka. Pengumpulan data untuk kajian ini menggunakan temubual secara terbuka bersama 15 orang pesakit paliatif sehingga mencapai data tepu. Hasil temubual ditranskrip dan dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo versi 11. Maklumat daripada subjek kajian dikategorikan di bawah tema kesejahteraan dan keresahan spiritual. Kesimpulannya, keadaan spiritual yang dialami oleh pesakit paliatif adalah bergantung kepada kondisi dan cara faham pesakit terhadap definisi spiritual itu sendiri. Dapatan ini penting untuk memudahkan penyelesaian masalah keresahan spiritual melalui intervensi penerapan ilmu dan kemahiran terapi psikospiritual Islam. Kajian lanjut perlu dijalankan agar setiap tema keresahan spiritual yang dialami oleh pesakit dapat dibantu.

Item Type:Article
Keywords:Keresahan spiritual; Kesejahteraan spiritual; Paliatif; Penyakit terminal; Psikospiritual Islam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21956
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 04:38
Last Modified:28 Jul 2023 01:31

Repository Staff Only: item control page