Kedinamikan Bahasa Melayu di ambang perkembangan media dalam talian dari perspektif perubahan makna

Wan Robiah Hj. Meor Osman, and Chong Shin, (2023) Kedinamikan Bahasa Melayu di ambang perkembangan media dalam talian dari perspektif perubahan makna. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 277-292. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
695kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Bahasa masyarakat dunia kini sedang mengalami perubahan drastik hasil daripada kemajuan komunikasi berasaskan pengkomputeran. Antara contoh medium komunikasi baharu berkaitan teknologi internet adalah media-media sosial dalam talian seperti facebook, instagram, twitter, blog dan sebagainya. Media-media sosial ini telahpun menjadi medium interaksi utama masyarakat moden. Kajian ini tertumpu pada menganalisis kata-kata Melayu yang dikesan mengalami peluasan makna di laman Facebook. Makalah ini memilih tiga contoh kata sebagai sampel perbincangan, iaitu kafir, kunyit dan sibuk. Ketiga-tiga kata ini dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan dan trend penggunaannya telah disahkan dengan menggunakan Google Trends. Kerangka teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994) dijadikan panduan untuk mengenalpasti motif-motif seseorang pengguna media sosial memilih sesuatu kata sehingga tercetusnya makna-makna yang baharu. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga contoh kata Melayu ini mempunyai trend penggunaan yang tinggi di Facebook dan telah mengalami peluasan makna yang menyimpang dari makna asalnya, iaitu kafir > “orang yang tidak Islamik”, kunyit > “golongan gay”, dan sibuk > “tak habis-habis”. Ketiga-tiga kata ini juga didapati mengalami peluasan makna pada kadar yang drastik, iaitu berubah dalam masa yang singkat selepas menjadi tular melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna media sosial, dan seolah-olahnya terdapat tangan ghaib yang mendorong makna-makna baharu ini terbentuk serta diakui sejagat dalam kalangan pengguna media sosial. Kajian ini menyumbang kepada bidang perkamusan Melayu, terutamanya dari segi meningkat kesedaran bahawa peluasan dan perubahan makna kata Melayu berlaku secara drastik susulan daripada perkembangan teknologi media sosial dan sedang memberi cabaran kepada perkamusan Melayu konvensional

Item Type:Article
Keywords:Tular; Media sosial; Motif; Peluasan makna; Teori Tangan Ghaib
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21957
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 04:44
Last Modified:24 Jul 2023 16:21

Repository Staff Only: item control page