Implikasi pandemik COVID-19 terhadap tingkah laku masyarakat bagi menggelakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan

Saraswathy Kasavan, and Sumiani Yusoff, and Rusinah Siron, and Nurul Izzati Binti Mohd Ali, and Kadaruddin Bin Aiyub, and Lam, Kuok Choy (2023) Implikasi pandemik COVID-19 terhadap tingkah laku masyarakat bagi menggelakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 103-115. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
456kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Usaha bagi mencapai kelestarian pengurusan sisa makanan dalam kalangan isi rumah tidak lengkap tanpa menganalisis tingkah laku masyarakat bagi menguruskan sisa makanan. Kajian mengenai persepsi dan tingkah laku masyarakat kurang diberikan perhatian oleh penyelidik terutama dalam isu pembaziran makanan sepanjang Ramadan. Oleh itu, kajian ini telah meneliti jurang kajian dengan menjalankan kajian mengenai tingkah laku masyarakat bagi mengelakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik atas talian dan data sokongan berkaitan penjanaan sisa sepanjang Ramadan di seluruh Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tinjauan ini mendapati masyarakat mempunyai kesedaran tinggi mengenai pembaziran sisa makanan sepanjang Ramadan pada tahun 2020. Hal ini disebabkan, masyarakat Malaysia yang beragama Islam lebih memilih sambutan Ramadan pada tahun 2020 secara bersederhana dan mengambil kira keselamatan kesihatan dari wabak penyakit COVID-19. Tambahan pula, kerajaan telah menghadkan waktu operasi dan bilangan peniaga di bazar Ramadan untuk mengelakkan risiko penyebaran COVID-19 di tempat awam. Selain itu, kerajaan juga mula mengalakkan rakyat untuk membeli makanan di bazar secara atas talian dengan mewujudkan aplikasi e-bazar. Hasil data sokongan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan bahawa terdapat penurunan jumlah bagi penghasilan sisa pepejal sebanyak 6.02% sepanjang Ramadan 2020 dibandingkan Ramadan 2019. Keseluruhan hasil kajian ini memberikan maklumat mengenai tingkah laku masyarakat terhadap pengurusan sisa makanan sepanjang Ramadan di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga menjadi garis panduan kepada pihak berkepentingan untuk mengambil strategi yang relevan ke arah mengurangkan penjanaan sisa makanan semasa dan selepas pandemik COVID-19

Item Type:Article
Keywords:Bazar Ramadan; COVID-19; Sisa makanan; Tabiat pembelian makanan; Tingkah laku
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21959
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 04:58
Last Modified:28 Jul 2023 01:34

Repository Staff Only: item control page