Aplikasi reka bentuk sistem visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual dalam ilmu hadis

Norasikin Fabil, and Zawawi Ismail, and Shahrul Azman Mohd Noah, and Zarina Shukur, and Juhana Salim, (2011) Aplikasi reka bentuk sistem visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual dalam ilmu hadis. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (1). pp. 1-12. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
776kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/Default.aspx

Abstract

Visualisasi maklumat(VM) merupakan satu bidang yang berpotensi dalam proses mengembangkan kaedah capaian, pemprosesan dan pengurusan maklumat (Chen & Czerwinski,2000). Aplikasi Visualisasi Maklumat (VM)ini turut dibangunkan dalam bidang pendidikan sebagai bahan pembelajaran kerana kelebihan dan keunikan teknik visualisasi maklumatyang berkeupayaan dalam meningkatkan proses pemahaman melalui penggunaan visual. Disamping itu, aplikasi visualisasi maklumat juga mampu menguruskan suber data yang banyak dan konsep yang kompleks dalam aktiviti pembelajaran. Walaupun teknik visualisasi maklumat berfaedah bagi aktiviti perolehan maklumat dan pembelajaran, pembangunan visual yang dibina bukanlah visual semata-mata tetapi ia melibatkan pembinaan bahan yang berdasarkan teori yang menyokong pemahaman visual tertentu.justeru kajian ini menjadikan Teori Persepsi Visual (TPV)sebagai asas dalam pembangunan untuk mengkaji kesesuaiannya dengan persekitaran data ilmu hadis.Keseimbangan kepada rekabentuk visual yang baik dapat membina perseptual sistem manuasia bagi memahami konsep dan mentafsir maklumat dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Berdasarkan teori persepsi visual ini, kajian ini mengkaji kesesuaiannya dengan keperluan perolehan hadis bagi menghasilkan satu reka bentuk sistem visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual.

Item Type:Article
Keywords:visual;teori persepsi visual;visualisasi maklumat;sistem maklumat ilmu hadis
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:2196
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Jul 2011 03:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page