Korelasi niat keusahawanan dan pencapaian prestasi mata pelajaran elektif ikhtisas perniagaan murid di sekolah menengah

Nurul Hidayah Omar, and Norasmah Othman, (2023) Korelasi niat keusahawanan dan pencapaian prestasi mata pelajaran elektif ikhtisas perniagaan murid di sekolah menengah. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 137-151. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Keusahawanan merupakan tunjang utama dalam menggerakkan ekonomi negara. Generasi muda perlu diberi perhatian agar keusahawanan menjadi pilihan kerjaya utama mereka. Oleh itu, pendidikan keusahawanan telah ditawarkan di sekolah agar niat keusahawanan dalam kalangan murid dapat ditingkatkan. Antara mata pelajaran berorientasikan pendidikan keusahawanan yang ditawarkan di sekolah adalah Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan. MPEI ini bermatlamat untuk merancakkan niat keusahawanan dalam kalangan generasi muda dan telah ditawarkan hampir lima tahun. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi bertujuan mengenal pasti tahap niat keusahawanan dan seterusnya korelasi antara niat keusahawanan dengan pencapaian prestasi MPEI Perniagaan murid. Seramai 217 murid terlibat dalam kajian dengan menggunakan soal selidik dan ujian sebagai instrumen bagi mengukur niat keusahawanan dan pencapaian prestasi MPEI Perniagaan murid. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik Sains Sosial versi 26. Hasil analisis melaporkan bahawa niat keusahawanan murid berada pada tahap tinggi. Namun dari segi pencapaian prestasi MPEI Perniagaan pula, data menunjukkan bahawa tahap kognitif dan psikomotor murid hanya berada pada tahap sederhana sahaja iaitu kepujian. Berbeza dengan data afektif murid yang menunjukkan berada pada tahap cemerlang. Korelasi antara niat keusahawanan dengan pencapaian prestasi MPEI Perniagaan menunjukkan korelasi negatif pada kadar yang sangat lemah. Ini menunjukkan bahawa sekiranya niat keusahawanan murid semakin tinggi maka pencapaian prestasi MPEI Perniagaan semakin rendah. Kajian ini memberikan implikasi dalam memartabatkan lagi kurikulum yang melibatkan pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah. Sejajar dengan dapatan kajian, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya korelasi negatif antara niat keusahawanan dengan pencapaian prestasi perlu dikaji pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Niat keusahawanan; Pencapaian prestasi; Mata pelajaran perniagaan; Murid sekolah menengah; Pendidikan keusahawanan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21967
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 07:24
Last Modified:24 Jul 2023 16:25

Repository Staff Only: item control page