Ganti nama Mah Meri: satu analisis sintaksis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Siti Nur Balqis Mohamad Yusof, (2023) Ganti nama Mah Meri: satu analisis sintaksis. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 175-189. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
480kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Perkembangan terkini teori linguistik dalam Program Minimalis telah menyediakan banyak kerangka asas yang kukuh untuk menganalisis kata ganti nama dalam bahasa Mah Meri, sejenis bahasa masyarakat orang asli daripada suku kaum Senoi. Data yang dianalisis dalam makalah ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di kawasan perkampungan di Kampung Bukit Bangkong, Selangor. Data tersebut diperoleh dengan cara merakamkan perbualan responden yang menuturkan bahasa Mah Meri. Dua kaedah kajian digunakan, iaitu kaedah pustaka dan kaedah lapangan. Kaedah pustaka digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kata ganti nama dan kaedah lapangan untuk mendapatkan data di kawasan lapangan. Data yang telah dikumpulkan itu dicerakinkan dan dianalisis menggunakan Program Minimalis. Proses analisis terhadap kata ganti nama tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu analisis deskriptif dan analisis sintaksis. Analisis deskriptif membincangkan kasus yang terdapat dalam kata gantinama (KGN) bahasa tersebut. Analisis sintaksis menggunakan kerangka program minimalis sebagai teori untuk menganalisis KGN bahasa Mah Meri berdasarkan susunan perkataan asas bahasa Austroasistik. Hasil daripada analisis ini, satu penemuan novel untuk sebuah bahasa Austroasiatik ialah ganti nama bahasa Mah Meri dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ganti nama yang membawa kasus dan ganti nama yang ditandakan kasus. Analisis mengenai bahasa Mah Meri menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam perkataan yang mengikuti dan mendahului kata nama. Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam pengkelasan dan jenis pengkelasan yang digunakan dalam bahasa Mah Meri dan bahasa Melayu iaitu terdapat perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu walaupun daripada rumpun bahasa yang berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Mah Meri; Kaum Senoi; Kaedah pustaka; Bahasa Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21970
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 07:46
Last Modified:24 Jul 2023 16:27

Repository Staff Only: item control page