Analisis kritis gaya bahasa perbandingan puisi Usman Awang

Muharam Awang, and Zubir Idris, (2023) Analisis kritis gaya bahasa perbandingan puisi Usman Awang. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 205-218. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Kebanyakan kajian tentang kepenyairan Usman Awang lebih tertumpu kepada aspek tema, sementara yang ada menyentuh aspek bahasa tidak pula bersifat sistematik, dengan itu menimbulkan lompong yang ketara dalam kajian tentang puisi beliau. Dengan objektif untuk mengisi lompong tersebut serta menjentik minat terhadap aspek kebahasaan puisi Usman Awang, makalah ini mengetengahkan persoalan relevan seperti identifikasi gaya bahasa, manipulasi bahasa tersebut, dan keberkesanan yang terhasil daripada manipulasi berkenaan. Kerangka analisis yang digunakan ialah Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan, terutama gaya bahasa perbandingan, yang mengkategorikan empat bentuk bahasa berkaitan perbandingan iaitu perumpamaan, metafora, personifikasi dan antisipasi. Analisis mendapati Usman Awang memanfaatkan keempat-empat bentuk tersebut dalam sajak-sajaknya. Bersabit perumpamaan, selain mengguna perumpamaan sedia ada Usman Awang mencipta perumpamaan baru, lantas memperkenalkan kelainan yang segar dan bertenaga, sekali gus menghasilkan makna tambahan yang dihadirkan oleh kelainan tersebut. Metafora pula dimanipulasi dengan menempatkan bahasa biasa dalam konteks baru untuk membolehkan bahasa tersebut menggugurkan makna lazimnya sejajar menyerap makna baharu, dengan itu memperluaskan makna sajak-sajaknya. Pemanfaatan personifikasi pula membolehkan objek untuk membikin makna, membina suasana serta menyampaikan mesej guna memperluaskan cakupan sajak untuk meneroka isu-isu sensitif atau terlarang. Usman Awang menggunakan ciri antisipasi yang mampu mendahului atau menduga sesuatu untuk melebarkan jangkauan sajaknya apabila gambaran realiti masa kini dan masa depan dihadirkan secara serentak, di samping menjadikannya penyata mesej sajak-sajaknya. Selain manipulasi bahasa, analisis juga mendapati Usman Awang memperkayakan sajak-sajaknya dengan khazanah tradisi Melayu, hatta sajaknya bersifat moden. Kajian sistematik makalah ini diharap dapat mengisi lompong dan menjentik minat dalam kerja-kerja kesarjanaan tentang puisi Usman Awang.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa; Perumpamaan; Metafora; Personifikasi; Antisipasi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21974
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 08:04
Last Modified:24 Jul 2023 16:30

Repository Staff Only: item control page